Utusan Borneo (Sarawak)

Risiko ESG semakin mendapat perhatian

-

Risiko berkaitan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) semakin mendapat perhatian dalam pasaran bon globa bernilai AS$100 trilion sepert yang dapat dilihat daripada peningkata­n ketara aset-aset di bawah pengurusan daripada AS$ 15.9 trilion pada 2016 kepada AS$29 trilion pada 2019, kata RAM Rating Services Bhd.

Katanya, perkara itu dipatuhi oleh aset-aset yang dipegang pelabur yang merupakan penandatan­gan kepada Prinsip Pelaburan Bertanggun­gjawab (PRI) bagi Kenyataan Mengenai ESG dalam Penarafan Kredit (Kenyataan PRI ESG) yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Menerusi inisiatif itu, PRI menetapkan untuk meningkatk­an penyelaras­an pelabur dan agensi penarafan kredit ( CRA) berhubung kepentinga­n isu-isu ESG, katanya dalam kenyataan semalam.

RAM Rating menyerta barisan enam perintis penandatan­gan CRA bagi Kenyataan PRI ESG di peringkat globa pada 26 Mei, 2016. Kini, Kenyataan PRI ESG disokong oleh 147 pelabur dan 18 CRA.

“Sejak Julai 2018, pandangan dan analisis kami terhadap faktor ESG telah disepaduka­n ke dalam bahagian relevan bagi rasional penarafan kredit kami” kata Ketua Pegawai Eksekutif RAM Rating, Foo Su Yin.

PRI telah bekerjasam­a dengan kalangan pelabur dan CRA sejak pelancaran Kenyataan PRI ESG pada 2016, kata agensi penarafan itu.

Kerjasama itu berobjekti­f menggalakk­an pemahaman pasaran berkaitan amalan mengenal pasti jurang dalam pertimbang­an faktor ESG dalam analisis risiko kredit dan mencari kaedah untuk menangani jurang itu, katanya — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia