Utusan Borneo (Sarawak)

Gadis poster Olimpik Tokyo disahkan hidap leukemia

-

Ratu renang Jepun, Rikako Ikee, gadis poster untuk temasya Sukan Olimpik Tokyo pada tahun depan, telah disahkan menghidap leukemia, gadis berusia 18 tahun itu tweet kelmarin.

Dalam pengumuman yang mengejutka­n, Ikee berkata: “Selepas rasa tidak sihat, saya pulang dengan segera dari Australia dan selepas menjalani ujian, saya didapati menghidap leukemia. Saya sendiri masih tidak dapat percaya, saya berada dalam keadaan yang keliru.”

Ikee menjadi masyhur di Sukan Asia pada tahun lepas, di mana dia memecah rekod dengan memenangi enam pingat emas untuk memberi amaran bagi Olimpik 2020 di kota asalnya.

Bintang remaja itu, yang memegang beberapa rekod kebangsaan, telah diramal akan memenangi pingat emas dalam beberapa acara, khususnya kuak kupu- kupu 100 meter wanita.

Ikee memberitah­u peminat bahawa dia berazam untuk menewaskan penyakitny­a selepas dipaksa meninggalk­an kem latihannya di Gold Coast, Australia.

“Jika dirawat dengan betul, ia adalah penyakit yang dapat ditewaskan,” kata Ikee, yang mengesahka­n dia akan menarik diri daripada kejohanan Jepun pada April.

“Saya akan mengabdika­n diri kepada rawatan saya dan berusaha untuk dapat menunjukka­n Rikako Ikee yang jauh lebih kuat.”

Jurulatih Ikee, Jiro Miki, mengakui dia tidak pernah melihat perenang itu bergelut seperti apa yang berlaku ketika dia berlatih di Australia.

“Saya tidak pernah melihat dia bernafas dengan begitu kuat seperti itu,” katanya.

“Kami membawanya ke sebuah hospital tempatan untuk memeriksa darah dan jantungnya tetapi memutuskan untuk pulang ke Jepun secepat mungkin bagi menjalani ujian lanjut. Namun mengenai motivasiny­a untuk menewaskan penyakit ini, saya hanya dapat menundukka­n kepala di atas keazamanny­a.”

Miki memberitah­u, Ikee sudah dimasukkan ke hospital untuk memulakan rawatan.

“Dia tidak murung,” ujarnya. “Dia positif sama sekali untuk menewaskan ini secepat mungkin.”

Ikee mencuri tumpuan daripada perenang gergasi dari China, Sun Yang, di Sukan Asia di Jakarta apabila dia menamatkan cabaran dengan lapan pingat pada keseluruha­nnya, satu pungutan pingat yang dahulu hanya dicapai oleh penembak dari Korea Utara, So Ginman, pada 1982.

Ikee dapat menerima kekuatan daripada beberapa atlet terkemuka yang menewaskan kanser, termasuk pelumba berbasikal Lance Armstrong dan bintang hoki ais Mario Lemieux. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia