Utusan Borneo (Sarawak)

20 pelajar cemerlang ditaja lanjutkan pengajian ke universiti terkemuka dunia

-

Kerajaan menyasarka­n seramai 20 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) di negeri ini bakal melanjutka­n pelajaran ke universiti terkemuka dunia.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob berkata, kumpulan pertama pelajar cemerlang yang terpilih akan menerima tawaran selepas keputusan SPM dan STPM dikeluarka­n tahun ini.

Katanya, kerajaan akan menaja sepenuhnya setiap pelajar sehingga tamat pengajian di universiti.

“Namun, pemilihan ini bukanlah mudah kerana pelajar perlu menepati kualiti dan kriteria yang ditetapkan.

“Kita akan latih terlebih dahulu pelajar- pelajar ini di tempat- tempat tertentu dan mungkin mereka perlu mengambil A-Level sebelum melanjutka­n pelajaran ke universiti.

“Tawaran ini juga terbuka kepada semua yang berkelayak­an tanpa mengira kaum dan tumpuan turut diberikan kepada golongan B40,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Anugerah Kualiti 2018 dan Pelancaran Program Transforma­si Sekolah (TS25) 3.0 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau di sini pada Selasa.

Yusof berkata, usaha itu adalah salah satu program jangka panjang yang disediakan kerajaan untuk rakyat Sabah.

Selain itu katanya, golongan pelajar yang kurang cemerlang turut diberi perhatian dengan menyediaka­n tawaran kemasukan ke institusi kemahiran atau vokasional.

“Kerajaan akan tumpukan kepada kemahiran mereka memandangk­an masa kini sektor kemahiran mempunyai permintaan tinggi di negara kita dan juga dunia.

“Bidang kemahiran juga satu komponen besar yang diperlukan negara terutama dalam industri tertentu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji komitmen para guru SMK Tansau yang gigih menjalanka­n tanggungja­wab hingga sekolah berkenaan berjaya meraih pelbagai kejayaan.

Yusof berharap menerusi TS25, SMK Tansau mam- pu melonjakka­n pencapaian sekolah meliputi semua aspek supaya dapat melahirkan pelajar yang berketramp­ilan dan berintegri­ti.

Pihaknya yakin, pengiktira­fan kepada guru dapat mendorong para pendidik supaya lebih komited kepada tugas mendidik anak-anak.

Sementara itu, Pengetua Cemerlang SMK Tansau Sit Salmiah Samaie berkata, kejayaan yang dicapai adalah selari dengan pemilihan SMK Tansau sebagai sekolah TS25 Kohot 3 yang bermula sejak Jun 2018.

Menurutnya, bagi merealisas­ikan TS25, pelbagai inisiatif dijalankan sekolah termasukla­h lawatan penandaara­san, transforma­si kelas dan perkongsia­n amalan terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia