Utusan Borneo (Sarawak)

ASP Colony kini memangku tugas KPD Julau

-

ASP Colony Kiai kini memangku tugas Ketua Polis Daerah (KPD) Julau menggantik­an DSP Bidol Noyeng berkuat kuasa pagi semalam.

Bidol bersara selepas menjadi KPD Julau selama sembilan tahun sejak Februari 2011 dan berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 41 tahun.

Upacara serah terima tugas antara Bidol dan Colony disaksikan oleh Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim di Bilik Gerakan IPD Kanowit di sini pada jam 9 pagi semalam.

Dzuraidi dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih dan memberi sanjungan tinggi kepada Bidol atas mutu kepimpinan dan kecekapan tinggi serta kejayaan cemerlang dicapai sepanjang memegang jawatan KPD Julau.

Beliau berharap, Colony sebagai pemangku KPD akan meneruskan usaha murni, kecemerlan­gan dan mengekalka­n prestasi polis Julau serta memberikan perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat.

Bidol dalam ucapannya menzahirka­n ucapan terima kasih kepada pucuk kepimpi- nan PDRM daripada Ketua Polis Negara sehingga barisan anggota bawahan atas kepimpinan, bimbingan dan nasihat kepada beliau sepanjang perkhidmat­annya.

Beliau juga merakamkan terima kasih dan penghargaa­n kepada wakil rakyat, ketuaketua masyarakat, ketua-ketua jabatan kerajaan dan swasta serta penduduk daerah Julau dan Pakan atas kerjasama yang diberikan kepadanya dan IPD Julau selama menjadi KPD Julau.

Turut berlangsun­g ialah serah terima tugas jawatan Pengerus PERKEP IPD Julau di antara Rebika Adang dan Puan Judy sebagai pemangku pengerus PERKEP yang baharu.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit dan Pengerus PERKEP IPD Sibu Puan Monica dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak Superinten­den Shahar Abd Latif.

 ??  ?? SERAH TERIMA TUGAS: Bidol (kiri) bertukar-tukar dokumen rasmi serah tugas dengan Colony sambil disaksikan oleh Mohd Dzuraidi di IPD Julau semalam.
SERAH TERIMA TUGAS: Bidol (kiri) bertukar-tukar dokumen rasmi serah tugas dengan Colony sambil disaksikan oleh Mohd Dzuraidi di IPD Julau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia