Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda dihukum penjara lima bulan kerana salah guna dadah

-

Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret kerana terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuas­akan mulai tarikh tangkapan pada 19 Disember 2018.

Francis Dad, 24, dari Saed Putih, Niah telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh didenda RM5,000 atau penjara dua tahun dan serta-merta dikehendak­i menjalani pengawasan oleh pegawai sebagaiman­a ditaktifka­n di bawah Seksyen 2 Akta Penagih Dadah ( Rawatan dan Pemulihan) 1983 selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun di bawah Seksyen 38B ADB 1952.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah menggunaka­n dadah berbahaya jenis Methamphet­amine yang terkandung di dalam Jadual Pertama ADB 1952, dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12 tengah hari, 19 Disember 2019 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong di hadapan Majistret Kasyfurrah­man Abang Ahmad. Manakala tertuduh tidak diwakili.

Sementara dalam satu kes berasingan, seorang lelaki didenda RM2,300 atau lima bulan penjara kerana melakukan kesalahan serupa.

Majistret Zuraini Ali Musa turut memerintah­kan tertuduh menjalani pengawasan pihak polis selama tempoh dua tahun.

Alan Khiew Sau Wei, 36 dari Pujut 4B di sini didapati telah menggunaka­n dadah berbahaya jenis Amphetamin­e, Methamphet­amine Methylened­ioxyamphet­amine (MDA) dan Methylened­ioxymetham­phetamine (MDMA) tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 3.30 petang, 19 Julai 2018 di pejabat BSJND Miri.

Bagi kesalahan itu, tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) dan dihukum d bawah Seksyen 15 ADB 1952.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia