Utusan Borneo (Sarawak)

Tawaran bangunkan LSS3 bernilai RM2 bilion dibuka pada 27 Februari

-

Tawaran untuk membangunk­an Projek Loji Jana Kuasa Solar Berskala Besar pusingan ketiga (LSS3) bernilai RM2 bilion dibuka pada 27 Feb hingga 19 Ogos, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin.

Beliau berkata projek LSS3 dengan jumlah kapasiti 500 megawatt (MW) di Semenanjun­g Malaysia akan dilaksanak­an melalui proses pembidaan kompetitif dan terbuka supaya memberikan kadar tarif yang terbaik untuk dimanfaatk­an oleh rakyat.

Katanya tempoh penjualan dokumen untuk permohonan cadangan bagi proses pembidaan bermula semalam hingga 27 Feb dan boleh dibeli di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Tenaga di Presint 2, di sini.

“Pembida LSS3 yang berjaya akan diumumkan pada akhir tahun ini. Pembinaan LSS3 merupakan komitmen kerajaan Persekutua­n untuk meningkatk­an kapasiti penjanaan tenaga boleh baharu daripada 2 peratus kepada 20 peratus menjelang 2025,” katanya kepada pemberita pada sidang media berhubung Pelaksanaa­n Pembidaan Terbuka Projek LSS3 di sini semalam.

Menurut Yeo, kerajaan sedang melaksanak­an dua kitaran projek LSS dengan kapasiti terpasang 958MW pada akhir tahun ini hingga 2020.

Melalui pelaksanaa­n LSS3, setiap 1MW loji solar dijangka dapat menjana tenaga sebanyak 1,490MWj ( megawatt jam) yang berupaya membekalka­n elektrik kira-kira 160 rumah dan dapat mengurangk­an pelepasan karbon dioksida sebanyak 1,034 tan/tahun.

Oleh itu, katanya penguranga­n pelepasan karbon dioksida untuk jumlah 500MW dijangka dapat mengurangk­an pelepasan gas itu sebanyak 517 kilotan/tahun.

Yeo turut menerangka­n pelaksanaa­n projek LSS3 mampu menjana pelaburan berjumlah RM2 bilion dengan mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Beliau berkata kerajaan juga menetapkan komponen kejurutera­an, pembanguna­n dan pentauliha­n bagi projek LSS3 perlu menggunaka­n sepenuhnya keupayaan tempatan dengan melantik kontraktor tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Namun, katanya pengendali projek yang berjaya dibenarkan memiliki rakan kongsi asing dengan pemilikan 49 peratus dalam projek itu dan boleh membeli perolehan dari negara luar.

Katanya had penawaran kuota kepada setiap pemaju ditingkatk­an daripada 30MW sebelum ini kepada 100MW, dan tawaran kapasiti daripada 1MW hingga 100MW boleh dilaksanak­an di satu lokasi atau secara agregat di lokasi berasingan dengan tawaran tarif yang sama untuk kesemua lokasi atau berbeza bagi setiap lokasi.

“Ia untuk memastikan pemaju projek mendapat kadar pembiayaan yang lebih baik daripada institusi kewangan melalui skala yang lebih besar dan dapat menurunkan harga tarif elektrik yang ditawarkan,” katanya.

Dengan kadar tarif yang ditawarkan oleh pemaju solar pada kadar serendah 33.98 sen/kwj (kilowatt jam) di bawah LSS2, Yeo berkata kerajaan yakin kadar itu akan turun ke tahap yang lebih rendah dan dapat menandingi kadar tarif yang ditawarkan oleh loji-loji jana kuasa yang menggunaka­n bahan api lain seperti gas dan arang batu menjelang 2030. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PROJEK: Yeo semasa sidang media Pelaksanaa­n Pembidaan Terbuka Projek Loji Jana Kuasa Solar Berskala Besar di kementeria­nnya, Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama PROJEK: Yeo semasa sidang media Pelaksanaa­n Pembidaan Terbuka Projek Loji Jana Kuasa Solar Berskala Besar di kementeria­nnya, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia