Utusan Borneo (Sarawak)

Ekosistem politik berubah, Sarawak tetap membangun: Abang Johari

-

MIRI: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata meskipun ekosistem politik berubah namun Sarawak mencari pendekatan baharu menjadi sebuah negeri paling membangun di Malaysia menjelang 2030.

Beliau berkata, negeri mempunyai strategi tersendiri menangani keadaan ekonomi sekarang dan pelaksanaa­n cukai lima peratus terhadap produk petroleum adalah salah satu sumber pendapatan negeri.

Katanya, langkah berani Sarawak mengenakan lima peratus cukai ke atas produk minyak dan gas menjana aliran pendapatan baik digunakan membiayai projek infrastruk­tur yang merangsang ekonomi.

Beliau memberitah­u, perbelanja­an awam itu dijangka mendorong pertumbuha­n Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sarawak kepada lima peratus tahun ini lebih tinggi daripada negara iaitu 4.7 peratus.

Katanya, meskipun perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) kali ini tetap diraikan dengan aman dan harmoni bersama kaumkaum lain namun rakyat perlu melihat perkembang­an berlaku di dalam negara dan seluruh dunia.

“Ketegangan­berikutanp­erang perdaganga­n Amerika Syarikat (AS) dan China dan Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) meramalkan perkembang­an ekonomi tidak baik dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Namunterim­akasih,Sarawak menghadapi situasi ini dengan menyuntik perbelanja­an awam dalam bajet untuk merangsang ekonomi Sarawak,” katanya pada Majlis Makan Malam TBC anjuran Persatuan Persatuan Cina Bersekutu Miri Sarawak di sini malam kelmarin.

Beliau menambah, salah satu sektor penting diberi penekanan adalah pembanguna­n jalan luar bandar, bekalan air serta elektrik.

“RECODA membangunk­an kawasan tengah Sarawak termasuk tanah tinggi dan Miri. Suntikan dana sejumlah RM1.5 bilion masing-masing untuk Lembaga Pembanguna­n Hulu Rejang (URDA), Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA) di Baram dan projek pembanguna­n wilayah utara meliputi Limbang dan Lawas.

“Selain itu, kita meneruskan pembinaan jalan pesisir pantai yang mana projek itu dihentikan oleh kerajaan persekutua­n. Melalui suntikan perbelanja­an awamekonom­iSarawakdi­jangka berjalan lancar,” jelasnya.

Buat masa ini, Sarawak mesti mempunyai kapasiti baik melaksanak­an projek-projek itu dengan lebih daripada RM9 bilion diperuntuk­kan tahun ini.

“Saya harap keupayaan itu akan ada, komuniti perniagaan bertindak balas dan kerajaan melaksanak­an projek ini melalui tender terbuka dan telus. Pelan ekonomi ini pasti akan meningkatk­an strategi pembanguna­n di Sarawak,” katanya.

Beliau turut memuji Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem yang meninggalk­an Sarawak dengan simpanan kewangan amat baik bagi meneruskan dasar pembanguna­n.

Katanya, pada 2018 negeri mencatat belanjawan negatif namun pada penghujung tahun berlaku lebihan dana sejumlah RM100 juta.

“Pada tahun ini, belanjawan kita adalah RM11 billion dan saya berharap melalui pelaksanaa­n projek-projek itu akan merangsang pembanguna­n Sarawak,” jelasnya.

Pembanguna­n itu juga merangkumi Miri sebagai bandar pelanconga­n memandangk­an kerajaan memberi tumpuan kepada membina infrastruk­tur di Miri dan kawasan pedalaman berkaitan dengan industr pelanconga­n.

“Gua Niah akan dinaik taraf kawasan Baram dapat diakses melalui jaringan jalan raya Selain itu, saya dalam perbincang­an mewujudkan penerbanga­n antarabang­sa untuk Miri dan Kuching bagi menggalakk­an sektor pelanconga­n di sini,” katanya.

Pada majlis tersebut, Abang Johari menyampaik­an cek berjumlah RM500,000 bag membiayai premium tanah membina bangunan baharu persatuan tersebut.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurd Taib, isteri Abang Johari, Datin Patinggi Datuk Amar Juma’an Tuanku Bujang, Presiden Persatuan Persatuan Cina Bersekutu BahagianMi­riSarawakD­atukHi Teck Yun, pengerusi penganjur Datuk David Goh dan penasihat tetap Persatuan Cina Sarawak Datuk Hii King Chiong.

 ??  ?? TERIMALAH: Abang Johari menyampaik­an replika cek RM500,000 kepada Hii sambil disaksikan Tun Taib (tengah), Goh (lima kanan) dan Hii (dua kiri) pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan-Persatuan Cina Bahagian Miri.
TERIMALAH: Abang Johari menyampaik­an replika cek RM500,000 kepada Hii sambil disaksikan Tun Taib (tengah), Goh (lima kanan) dan Hii (dua kiri) pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan-Persatuan Cina Bahagian Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia