Utusan Borneo (Sarawak)

Pencari pekerjaan dinasihati lebih waspada terima tawaran pekerjaan bergaji ‘lumayan’

-

Pencari pekerjaan lebih-lebih lagi dalam kalangan masyarakat Dayak dinasihati supaya lebih berhati-hati menerima tawaran pekerjaan yang bergaji ‘lumayan’ baik di dalam atau di luar negara.

Presiden Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) Mejar (B) Kapten Muhd Collin Imran berkata kecanggiha­n teknologi maklumat masa kini telah memudahkan penyebaran iklan tawaran kerja yang mana kadangkala diragui sumbernya.

Justeru, Collin mengingatk­an mereka yang mencari pekerjaan terutama belia lepasan sekolah khususnya dari luar bandar dan rumah panjang meneliti dahulu tawaran serta latar belakang syarikat yang menawarkan pekerjaan.

“Semakan kesahihan syarikat boleh dibuat menerusi Pejabat Jabatan Tenaga Kerja yang berhampira­n.

“Jangan terburu-buru meneri- ma tawaran kerja apatah lagi yang menawarkan gaji lumayan,” katanya sambil menambah, masyarakat mudah tertipu dengan tawaran gaji lumayan.

Bagi mengelak insiden yang sama, Collin turut menggalakk­an mereka yang bekerja di luar negara untuk memaklumka­n keberadaan mereka di pejabat Konsulat Malaysia d negara mereka bekerja untuk memudahkan urusan kecemasan.

PEDAS dalam pada itu mengucapka­n terima kasih kepada Wisma Putra, Kerajaan Sarawak serta pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha membebaska­n kesemua 47 tahanan Malaysia dari Penjara Banteay Meanchey, Kemboja.

Kesemua 47 tahanan dengan sebahagian besar seramai 40 orang merupakan rakyat Sarawak telah ditahan sejak 11 Disember 2018 dan telah diluluskan pembebasan oleh Perdana Menteri Kemboja Hun Sen petang Jumaat lepas.

PEDAS pada masa yang sama turut menggesa siasatan yang menyeluruh oleh pihak berkuasa termasuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya pelaku jenayah dapat dibawa ke muka pengadilan dan mendapat hukuman yang setimpal.

 ??  ?? MUHD COLLIN IMRAN
MUHD COLLIN IMRAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia