Utusan Borneo (Sarawak)

500 individu di Sungai Plan, Kidurong memohon, kemas kini BSH

-

Seramai 500 individu di kawasan Sungai Plan dan Kidurong telah melakukan permohonan serta proses kemas kini Bantuan Sara Hidup (BSH) anjuran Pergerakan Wanita Parti Tindakan Demokratik (DAP) Samalaju di Pasar Tamu Sungai Plan di sini, semalam.

Pengerusi Pergerakan Wanita DAP Samalaju Evangeline Brian ketika ditemui Utusan Borneo berkata, jumlah pemohon dijangka akan mencecah kepada 1,000 permohonan atau lebih pada hari kedua program itu diadakan (Ahad).

“Setakat jam 1 petang semalam, permohonan BSH yang dikemukaka­n kepada kam mencecah 500 pemohon dan ia mendapat sambutan yang agak menggalakk­an daripada masyarakat setempat,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, pada program sama, Pergerakan Wanita DAP Samalaju turut membantu orang kurang upaya (OKU) mendapatka­n bantuan dan pada masa sama melakukan permohonan bagi individu yang layak menerima skim bantuan e-Kasih.

Menurut Evangeline, DAP Samalaju akan meneruskan pelbagai program mendekat rakyat, bagi memastikan DAP yang berada dalam Pakatan Harapan (PH) dilihat sebaga parti yang amat mementingk­an nasib serta kebajikan rakyat.

“Apa yang penting, kita mahu rakyat di negeri ini khususnya di Bintulu, sedar bahawa DAP amat peka terhadap nasib semua kaum di bahagian ini dan antaranya ialah membantu rakyat mendaftark­an permohonan BSH sebagaiman­a yang kita lakukan selama dua har program berlangsun­g, “tambahnya.

Program yang diadakan bermula semalam, bermula jam 10 pagi hingga 3 petang setiap hari, merupakan antara program DAP Samalaju bagi memudahkan orang ramai di Dewan Undangan Negeri (DUN) Samalaju melakukan permohonan serta kemas kini BSH.

 ??  ?? KUNJUNGAN HORMAT: Law (empat kanan) menerima surat jemputan ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina dan Majlis Pelantikan AJK Baharu NSJA.
KUNJUNGAN HORMAT: Law (empat kanan) menerima surat jemputan ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina dan Majlis Pelantikan AJK Baharu NSJA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia