Utusan Borneo (Sarawak)

Parkir kereta SMKDP tidak cukup untuk guru, kakitangan

-

SMK Dato Permaisuri ( SMKDP) Miri berdepan masalah kekurangan parkir untuk kenderaan guru dan kakitangan­nya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pujut Dr Ting Tiong Choon berkata, pihak sekolah memerlukan dana berjumlah RM200,000 untuk membina kawasan tempat kereta baharu.

Kawasan tersebut boleh menempatka­n 41 kereta yang akan dibina di padang rumput berdekatan bekas tapak letak basikal.

Ia adalah untuk menampung keperluan guru dan kakitangan yang memiliki kenderaan sendiri untuk ke sekolah.

Seramai 95 guru berkhidmat di sekolah itu iaitu 65 orang pada sesi pagi dan 30 orang pada sesi petang.

Turut memerlukan tempat parkir baharu ialah 22 kakitangan sokongan.

“Pada peringkat permulaan, kita akan cuba membina tempat letak kereta sementara untuk kegunaan lebih 10 kereta,” jelasnya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke sekolah itu, kelmarin.

Beliau mencadangk­an agar tempat letak kereta sementara dibina di bekas tapak letak basikal berdekatan kantin yang boleh menempatka­n sebanyak 11 kereta.

Sebanyak 30 tempat parkir dirancang dibina di padang rumput berdekatan tapak letak basikal itu setelah sekolah berjaya mendapat dana mencukupi.

Sekolah sekarang memiliki sebanyak 28 lot parkir untuk guru di kawasan dalam sekolah.

Sementara 15 lot parkir disediakan untuk ibu bapa dan pengunjung di kawasan luar sekolah.

Selain itu, Ting berkata, sekolah memerlukan 800 set meja dan kerusi baharu untuk kegunaan pelajar.

“Kita akan cuba fikirkan cara untuk mengganti set kerusi dan meja ini. Kebanyakan set meja dan kerusi d sekolah itu sekarang telah berusia lebih 10 tahun.

“Sekolah menerima sumbangan kerusi dan meja baharu setiap tahun tetap tidak mencukupi untuk menampung keperluan serama 1,300 pelajar. Sebanyak 30 meja baharu diterima pada setiap penghujung tahun,” jelasnya.

Ting berkata, sebagai waki rakyat, beliau akan cuba membantu menaik taraf prasana sekolah itu secara berperingk­at.

SMKDP merupakan pusat pembelajar­an untuk semua pelajar termasuk pelajar istimewa yang mengalam masalah pendengara­n dan pertuturan.

“Kita perlu tingkatkan usaha kita untuk menjadikan sekolah ini sekolah yang terbaik dan menjadi sekolah contoh di Sarawak dan Malaysia,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia