Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki bersenjata bunuh lima, beberapa polis cedera di kawasan perindustr­ian AS

-

Lima terkorban dan beberapa anggota polis ditembak kelmarin ketika seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah kawasan perindustr­ian di luar persisiran bandar Chicago, kejadian tembakan beramairam­ai terbaharu yang melanda Amerika Syarikat.

Kejadian tembakan berlaku pada tepat jam 1:28 petang waktu tempatan, di sebuah kompleks perkilanga­n di Aurora, Illinois sebuah subbandar kecil 40 batu di barat bagi tengah Chicago.

Pihak polis menyatakan anggotanya terlibat dalam satu pertempura­n senjata dengan suspek, dikatakan sebagai seorang pekerja, sebelum dia ditembak mati. Dia telah dikenal pasti sebagai Gary Martin berusia 45 tahun.

Ketua polis Aurora Kristen Ziman menyatakan lima anggota polis telah ditembak. Dua orang telah dibawa dengan pengangkut­an udara ke pusat trauma di kawasan Chicago.

“Anggota polis yang lain di tempat kejadian telah menemui beberapa mangsa akibat tembakan di dalam bangunan,” Ziman memberitah­u satu taklimat akhbar, menyatakan angka kematian sebanyak lima orang.

Pihak polis tidak mengeluark­an maklumat mengenai keadaan anggota polis atau mengenal pasti mangsa.

Pihak polis menyatakan mereka tidak mengetahui motif bagi tembakan, namun beberapa saksi memberitah­u media tempatan bahawa lelaki bersenjata itu adalah seorang pekerja yang tidak berpuas hati.

Beberapa saksi menyatakan mereka telah bersembuny­i di beberapa bangunan berhampira­n ketika penyerang mula melepaskan tembakan.

Rakaman TV dari udara menunjukka­n beberapa kereta polis, ambulans dan trak bomba di tempat kejadian ketika anggota polis dengan perisai memasuki kompleks.

John Probst, yang berada di dalam bangunan ketika tembakan bermula namun telah berjaya menyelamat­kan diri, memberitah­u syarikat ABC TV tempatan bahawa beliau mengenali penyerang sebagai seorang pekerja.

“Apa yang saya lihat adalah lelaki berlari di lorong tengah dengan pistol yang dipasang dengan laser,” menurut beliau. “Kami berasa sangat takut.”

Nancy Caal, seorang pekerja di sebuah bengkel membaik pulih berhampira­n, memberitah­u akhbar Daily Herald beliau dan tiga orang lagi telah mendengar beberapa bunyi siren kecemasan, dan telah “pergi dan menutup pintu pagar depan serta mengunci semua pintu.”

Sekolah daerah tempatan telah mengarahka­n bangunan mereka ditutup, namun para pelajar telah dibenarkan keluar pada lewat hari tersebut.

Illinois Fraternal Order of Police memuji anggota polis tercedera yang “telah sanggup berdepan dengan bahaya bagi melindungi penduduk lain dan hampir menerima akibat yang sangat berat.”

Pihak Rumah Putih menyatakan Presiden Donald Trump telah mengawasi situasi tersebut.

Kejadian tembakan muncul hanya sehari selepas ulang tahun pertama bagi kejadian tembakan semasa Hari Valentine di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas di Parkland, Florida, di mana seorang bekas pelajar telah membunuh 14 pelajar dan tiga kakitangan.

Hampir 1,200 kanak-kanak kehilangan nyawa mereka akibat keganasan senjata sejak beberapa tahun lepas dan terdapat 37 kejadian tembakan beramai- ramai yang membabitka­n sekurangku­rangnya empat mangsa, tidak termasuk penyerang telah direkodkan di AS pada tahun ini.

Gabenor Illinois JB Pritzker, seorang penyokong Demokrat, menyatakan ke- jadian tembakan kelmarin adalah sebahagian dari satu epidemik bagi keganasan senjata.

Satu pakatan bagi kumpulan penyokong kawalan senjata turut mengecam kejadian tembakan itu, menyatakan ia sebagai tembakan beramairam­ai yang ke-198 sepanjang 10 tahun lepas.

“Ini adalah satu peringatan yang mengerikan mengenai bagaimana sukarnya kita perlu berusaha untuk menghalang keganasan senjata. Hati kami bersama dengan setiap keluarga yang terjejas akibat kejadian tembakan ini,” Holly

Blastic bersama dengan Moms Demand Action for Gun Sense in America, menyatakan dalam satu kenyataan.

Dalam satu pesanan presiden pada Khamis lepas sempena menyambut ulang tahun Parkland, Trump telah memberikan komitmen semula dalam “memastikan keselamata­n semua rakyat Amerika.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KES SERANGAN TEMBAKAN: Gambar video ini menunjukka­n anggota polis mengawal kawasan di mana seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan dalam sebuah kawasan perindustr­ian di Aurora, Illinois kelmarin.
— Gambar AFP KES SERANGAN TEMBAKAN: Gambar video ini menunjukka­n anggota polis mengawal kawasan di mana seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan dalam sebuah kawasan perindustr­ian di Aurora, Illinois kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia