Utusan Borneo (Sarawak)

Kepastian polisi kerajaan sumbang pertumbuha­n kukuh KDNK: Lim

Pertumbuha­n sihat satu kelebihan bantu Malaysia kekalkan penarafan kreditnya

-

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kejelasan dan kepastian polisi kerajaan dalam mengkalibr­asi semula ekonomi negara ke arah pertumbuha­n berkualiti tinggi memainkan peranan dalam mempercepa­tkan perkembang­an KDNK.

(KDNK) Malaysia berkembang baik pada kadar yang lebih tinggi iaitu pada kadar 4.7 peratus tahun-ke-tahun (y-o-y) dalam suku keempat 2018, berbanding pertumbuha­n suku ketiga iaitu 4.4 peratus y-o-y meskipun terdapat cabaran luaran dalam bentuk perang dagang yang berterusan antara Amerika Syarikat (AS)-China.

“Pertumbuha­n sihat berbanding dengan negara-negara yang sama taraf dan saiz ini merupakan suatu kelebihan yang dapat membantu Malaysia kekalkan penarafan kreditnya pada taraf yang tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Dari segi suku- ke- suku, pelaburan awam telah meningkat sebanyak 44 peratus dalam suku keempat.

“Perkembang­an positif ini dijangka berlanjuta­n dalam tahun 2019. Selain itu, peranan Malaysia sebagai tempat berlindung neutral untuk perdaganga­n antarabang­sa telah membolehka­n eksport berkembang 1.3 peratus y-o-y dalam suku keempat setelah jatuh 0.8 peratus y-o-y dalam suku ketiga,” katanya.

Hasil daripada itu, Malaysia mencatatka­n lebihan akaun semasa sebanyak 2.3 peratus daripada KDNK untuk tahun 2018.

Pada harga semasa, eksport barangan negara telah meningkat 6.7 peratus kepada hampir RM1 trilion manakala imbangan dagangan meningkat 22.1 peratus atau peningkata­n sebanyak RM22 bilion kepada RM120 bilion, iaitu paras tertinggi dalam sejarah Malaysia.

Mengenai inflasi, Lim berkata kadar inflasi tahun 2018 yang berpurata 1.0 peratus y-o-y merupakan kadar terendah yang dicatatkan dalam tempoh sembilan tahun.

Dalam empat bulan yang pertama di bawah pentadbira­n yang terdahulu, purata kadar inflasi ialah 1.7 peratus y-o-y.

“Ini berbeza dengan lapan bulan pertama pentadbira­n Pakatan Harapan, apabila ia menurun secara signifikan kepada 0.6 peratus y-o-y. Ini menampilka­n kesan positif polisi Pakatan Harapan pada harga pengguna, kata menteri itu.

Data Indeks Harga Pengguna (CPI) juga secara jelas menunjukka­n bahawa pengkadara­n sifar Cukai Perkhidmat­an dan Barangan (GST) bermula Jun 2018 hingga Ogos 2018 telah membawa penurunan yang ketara kepada harga pengguna.

Tambahan lagi, pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an ( SST) pada September 2018 tidak membawa kepada peningkata­n inflasi secara mendadak dalam bulan-bulan yang berikutan. Sebagai contoh, kadar inflasi berpurata hanya 0.3 peratus y-o-y dalam empat bulan pertama setelah pengenalan SST, berbanding purata inflasi yang lebih tinggi pada 2.4 peratus dalam empat bulan pertama setelah GST diperkenal­kan pada 2015.

“Ini mengesahka­n lagi kenyataan- kenyataan saya sebelum ini bahawa pengenalan semula SST tidak akan memberikan impak pada peningkata­n harga sebesar impak pengenalan GST, dan merupakan bukti kukuh yang menidakkan momokan pihak pembangkan­g bahawa SST akan meningkatk­an kadar inflasi.

“Walaupun kerajaan telah berjaya merendahka­n kadar inflasi, kami sedar dan mengambil berat tentang kos sara hidup yang tinggi seperti yang dialami sebahagian besar rakyat, terutamany­a golongan B40 (40 peratus kumpulan isirumah berpendapa­tan rendah),” kata Lim.

Dalam pada itu, Kementeria­n Kewangan (MOF), serta Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwa Pengguna (KPDNHEP) telah menubuhkan jawatankua­sa kementeria­n bersama untuk meneliti langkah- langkah yang boleh diambil untuk mengawal kos sara hidup d Malaysia.

Ini adalah sangat penting untuk memastikan kadar inflasi yang terendah dalam sembilan tahun sebanyak 1.0 peratus dicapai pada tahun 2018 dapat dicerminka­n dalam harga barangan harian dan dinikmati rakyat, terutamany­a bagi golongan B40.

“Jawatankua­sa ini akan bekerja seiringan dengan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Nasional yang dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menter (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) untuk memastikan kos sara hidup untuk semua rakyat Malaysia kekal berpatutan dan sesua mengikut kemampuan,” kata Lim. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia