Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat main peranan penting lindungi tenggiling

-

Kesedaran menerusi aspek pendidikan untuk melindungi tenggiling perlu diterapkan kalangan masyarakat terutamany­a penduduk kampung, dalam usaha menangani masalah haiwan tersebut dari terus menjadi mangsa pemburu haram.

Pegawai Perhubunga­n Awam Jabatan Hidupan Liar Sabah Siti Nur’ain Ampuan Acheh berkata, ini kerana pihaknya mendapati, ada penduduk kampung yang terlibat dengan kegiatan memburu mamalia itu secara haram, bagi menambah pendapatan mereka.

“Justeru bagi kami, langkah seterusnya adalah pergi ke kampung- kampung untuk meningkatk­an kesedaran mengenai pemelihara­an tenggiling, yang merupakan haiwan terlindung sepenuhnya di bawah jadual satu Enakmen Hidupan Liar.

“Pada masa sama harus dikenal pasti kaedah terbaik, untuk membantu penduduk kampung menjana pendapatan,” katanya ketika sesi perkongsia­n pada program ‘Let’s Talk Pangolin With Maya Karin’ bersempena sambutan Hari Tenggiling Sedunia di sini, semalam.

Program itu anjuran Pusat Lapangan Danau Girang, yang berpangkal­an di Kinabatang­an.

Beliau berkata kadar populasi haiwan itu adalah rendah di negeri ini dan masalah itu ditambah lagi dengan aktiviti pemburuan haram.

Menurutnya tidak ada angka tepat untuk menyatakan jumlah populasi tenggiling di Sabah yang masih ada pada masa ini, tetapi ianya adalah rendah dan haiwan itu semakin sukar ditemui disebabkan populasiny­a yang semakin berkuranga­n. — Bernama

 ??  ?? TAHNIAH: Zaini (lapan kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama para guru yang berjaya mendapatka­n jawatan tetap.
TAHNIAH: Zaini (lapan kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama para guru yang berjaya mendapatka­n jawatan tetap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia