Utusan Borneo (Sarawak)

‘Macau Scam’: Pesara wanita rugi RM10,000

-

Sindiket ‘Macau Scam’ mengulangi taktik dengan menyasarka­n golongan warga tua sebagai mangsa penipuan mereka dengan kes terbaru seorang pesara wanita kerugian RM10,000 di sini, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak Superinten­den Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata mangsa, 66, ditipu selepas menerima satu panggilan daripada seorang wanita tidak dikenali mendakwa beliau terlibat dalam satu kes penyeludup­an dadah dan pengubahan wang haram.

“Suspek memberitah­u bahawa ada seorang lelaki bernama ‘Roslan Johari’ direman di IPD Negeri Sembilan kerana terlibat dalam satu kes penyeludup­an dadah dan pengubahan wang haram dan mangsa dikatakan terlibat sama,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Menurutnya, suspek kemudian menyambung talian kepada seorang individu dikatakan anggota polis berpangkat ‘ Sarjan Rezuan’ dan pegawai polis bernama ‘Zaki’.

Beliau berkata, suspek membekukan aset mangsa sekiranya tidak mengikuti apa yang disuruh dan polis menangkap mangsa selepas ini dengan waran tangkap.

“Mangsa disuruh memindahka­n wang dalam akaun bank suspek jika tidak Bank Negara membekukan akaun bank tersebut,” jelasnya.

Katanya, suspek juga berjanji memindahka­n semula wang itu setelah selesai urusan dengan Bank Negara.

Mustafa berkata, mangsa bimbang asetnya dibekukan memindahka­n wang berjumlah RM10,000 kepada akaun bank suspek jam 1.42 petang, Khamis lalu.

Malangnya, mangsa hanya mula menyedari dia ditipu selepas membuat pemindahan berjumlah RM10,000 itu.

Beliau menasihati orang ramai agar memberitah­u ahli keluarga atau rakan terdekat mengenai panggilan telefon yang mencurigak­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia