Utusan Borneo (Sarawak)

Persoalan siapa dalang tipu 47 warga Malaysia masih belum terungkai

-

Siapa dalang? Ini persoalan yang masih belum terungkai berhubung kes penahanan 47 warga Malaysia di Kemboja, khususnya melibatkan 40 orang anak Sarawak.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah, perkara itu diserahkan kepada polis untuk siasatan.

“Bila kami tanya, mereka jawab semuanya dari Wechat termasuk dari segi urusan tiket penerbanga­n, tawaran gaji dan sebagainya.

“Tarikannya adalah mereka ditawarkan gaji AS$1,000.

“Jadi mereka cakap, siapa tidak mahu tapi mereka kata tidak tahu siapa syarikat atau agensi yang membawa mereka kerana segala urusan adalah melalui Wechat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena ketibaan 43 bekas tahanan Kemboja (40 anak Sarawak dan tiga dari Sabah) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) di sini, semalam.

Hadir sama Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak Kementeria­n Luar Deddy Faisal Ahmad Salleh.

Sementara itu, Wan Junaidi mengakui tahu sedikit sebanyak maklumat berkaitan, namun enggan mendedahka­nnya.

Katanya maklumat tersebut tidak boleh didedahkan kepada umum, di mana polis akan berhubung dengan kesemua mangsa untuk siasatan terperinci.

“Dari sudut itu, polis akan siasat. Kami tidak boleh mendedahka­n kepada umum,” katanya.

Fatimah, Wan Junaidi dan Deddy merupakan delegasi yang dihantar oleh Kerajaan Sarawak untuk misi membawa pulang kesemua 47 warga Malaysia yang majoritiny­a dari Sarawak, sejak ditahan pada 16 Disember lalu selepas dipercayai terpedaya dengan sindiket pemerdagan­gan manusia, yang menawarkan gaji lumayan.

Setelah kira-kira dua bulan berada dalam tahanan di Penjara Banteay Mancheay, kirakira 446 kilometer dari Phnom Penh, mereka akhirnya dibebaskan pada 15 Februari lalu dan dibawa pulang semalam.

Seramai 40 orang dari Sarawak dan tiga dari Sabah dibawa pulang menaiki pesawat yang disewa daripada JC Internatio­nal Airlines, sebuah syarikat penerbanga­n Kemboja yang berpangkal­an di Lapangan Terbang Antarabang­sa Phnom Penh dari Lapangan Terbang Seam Reap pada jam 12.30 tengah hari dan tiba di LTAK pada jam 3 petang.

Manakala empat orang lagi, tiga berasal dari Selangor dan seorang dari Kuala Lumpur dibawa pulang menaiki pesawat AirAsia dari Lapangan Terbang Seam Reap sekitar jam 8.30 pagi dan tiba di Lapangan Antarabang­sa Kuala Lumpur2 (klia2) pada jam 11.35 pagi.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Fatimah (tengah), Wan Junaidi (kiri) dan Deddy (kanan) pada sidang media sempena ketibaan 43 bekas tahanan Kemboja (40 anak Sarawak dan tiga dari Sabah) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching, semalam.
SIDANG MEDIA: Fatimah (tengah), Wan Junaidi (kiri) dan Deddy (kanan) pada sidang media sempena ketibaan 43 bekas tahanan Kemboja (40 anak Sarawak dan tiga dari Sabah) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia