Utusan Borneo (Sarawak)

Syed Saddiq dakwa dikasari: Papagomo ditahan polis

-

Penulis blog kontrovers­i Papagomo ditahan di sekitar Wangsa Maju semalam bagi membantu siasatan berhubung insiden Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mendakwa beliaudika­saridandiu­gutblogger berkenaan, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahka­n penahanan Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Beliau berkata Papagomo ditahan pada jam 3 petang kelmarin dan kes berkenaan masih dalam siasatan.

Kelmarin, dua laporan polis berkaitan insiden melibatkan Ahli Parlimen Muar berkenaan telah dibuat setelah berlangsun­g penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih dan disiasat di bawah Seksyen 353 dan Seksyen 147/323 Kanun Keseksaan.

Dalam kenyataan Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff kelmarin, polis menerima dua laporan mengenai insiden itu daripada anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Daerah Kajang.

Berikutan insiden itu, Syed Saddiq telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Way, Petaling Jaya, dekat sini, kelmarin.

Klip video di media sosial memaparkan Syed Saddiq dikerumuni penyokong parti pembangkan­g sewaktu dalam perjalanan menuju ke keretanya selepas selesai proses penamaan calon bagi PRK Semenyih, tular kelmarin.

Video berdurasi 22 saat itu menunjukka­n Syed Saddiq diiringi anggota polis serta anggota Unit Amal PAS sambil dikejar sekumpulan lelaki. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia