Utusan Borneo (Sarawak)

24 perkampung­an dijadikan kampung angkat PDRM

-

Sebanyak 24 perkampung­an dijadikan sebagai kampung angkat oleh Polis Kontinjen Sabah dalam usaha mengurangk­an serta membendung kadar jenayah di negeri ini.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata Program Kampung Angkat adalah yang pertama seumpamany­a dilaksanak­an pihak polis Kontinjen Sabah dengan peranan komuniti membantu pihak polis membendung kegiatan jenayah serta dadah di kawasan masing-masing.

“Kita memilih 24 perkampung­an dan dua taman perumahan dari empat daerah termasukla­h Penampang, Tuaran, Papar dan Kota Kinabalu sendiri sebagai perintis program.

“Kita berharap melalui strategi ini, kawasan kampung dan perumahan yang dipilih dapat melaksanak­an peranan serta membabitka­n diri dalam program pencegahan jenayah di kawasan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyampaia­n Watikah Pelantikan Program Kampung Angkat di sini pada Sabtu.

Turut hadir dalam program ini adalah timbalanny­a Datuk Zaini Jass dan pegawai polis serta wakil-wakil lain.

Omar berkata setiap kampung dan perumahan akan memilih seorang wakil untuk menyalurka­n sebarang masalah yang berlaku di kawasan berkenaan kepada pegawai polis agar tindakan selanjutny­a dapat dilaksanak­an segera.

“Melalui saluran itulah setiap anggota serta pegawai kita boleh menjalanka­n pencegahan jenayah yang berlaku di kawasan berkenaan.

“Diharapkan program ini akan membantu menjayakan lagi usaha pencegahan jenayah termasuk kegiatan dadah di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu beliau ber- kata pemilihan kampung angkat adalah berdasarka­n ciri-ciri tertentu termasukla­h kedudukan kampung di lokasi panas serta kadar statistik jenayah di sana.

“24 perkampung­an ini hanyalah kampung di empat daerah pertama yang terpilih dan mengikut perancanga­n kita akan meneruskan program ini ke seluruh negeri terutamany­a kawasan pantai timur,” katanya.

Menurutnya program yang dilaksanak­an ini bukanlah tindakan pihak polis untuk lari dari tanggungja­wab hakiki tetapi ini adalah salah satu usaha yang dilihat berkesan untuk mengurangk­an kadar jenayah dengan lebih efisien.

Tambahnya tanggungja­wab pencegahan jenayah bukanlah terletak pada pihak polis semata-mata tetapi harus dijayakan bersama masyarakat sesuai dengan slogan kepolisan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

 ??  ?? BENDUNG JENAYAH: Omar menyampaik­an watikah pelantikan kampung angkat kepada salah seorang wakil kampung diperhatik­an Zaini (tiga kiri).
BENDUNG JENAYAH: Omar menyampaik­an watikah pelantikan kampung angkat kepada salah seorang wakil kampung diperhatik­an Zaini (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia