Utusan Borneo (Sarawak)

Penyatuan terhebat ‘Konsert Amal 4nomena Alumni UIAM’

‘Konsert Amal 4nomena Alumni UIAM’

-

artis nasyid terhebat yang pernah berada di bawah satu naungan kini kembali bersatu bagi mengubati kerinduan peminat menerusi ‘Konsert Amal 4nomena Alumni UIAM’.

Konsert ini dianjurkan oleh KGM Event bagi mengubati kerinduan peminat muzik nasyid tanah air serta turut mendapat kerjasama Alumni Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) dengan menampilka­n barisan artis yang pernah berada di bawah naungan label Hijjaz Records iaitu HIJJAZ, INTEAM, UNIC dan MESTICA.

Sebagai tanda penghormat­an dan penghargaa­n kepada sokongan peminat yang tidak pernah berbelah sejak lebih dua dekad tertubuhny­a Hijjaz Records, tema ‘Terima Kasih’ diangkat sebagai simbolik kepada konsert penyatuan ini.

Dijadualka­n untuk berdurasi selama tiga jam, konsert reunion ini akan berlangsun­g pada 20 April 2019, jam 8.30 malam di Dewan Utama, Pusat Kebudayaan Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM).

Menurut Pengarah KGM Event Mahmud Fahrurraze­y dalam satu siaran media yang dikeluarka­n baru-baru ini, meskipun kebelakang­an ini muzik nasyid mungkin dilihat tidak lagi menguasai pasaran dan bergerak agak perlahan, namun tanggapan tersebut tidak tepat kerana genre nasyid masih lagi relevan dan bersifat malar segar sehingga kini kerana ia mempunyai kelompok besar peminatnya yang tersendiri.

“Justeru, dalam usaha mengembali­kan nostalgia irama nasyid sekaligus mengubat kerinduan para peminat, pihak KGM Event dengan kerjasama Alumni UIAM selaku penganjur bersama cukup berbesar hati membawakan konsert penyatuan ini sebagai tanda penghargaa­n kepada sokongan peminat yang merupakan tulang belakang perjuangan muzik nasyid,” katanya.

Menyelusur­i sejarah kegemilang­an genre nasyid yang pernah mencetuska­n satu fenomena luar biasa di kalangan penggemar muzik tanah air sekitar tahun 1990-an, Hijjaz merupakan antara pelopor terawal yang memperjuan­gkan lagulagu berunsur dakwah, kerohanian dan ketuhanan secara komersial.

Susulan perkembang­an positif tersebut, tertubuhny­a pula anak didik nasyid baharu yang bernaung di bawah syarikat Hijjaz Records.

“Kami berharap konsert penyatuan ini bakal berlangsun­g dalam suasana gemilang seperti yang dirancang sekaligus membekaska­n impak yang mendalam. Jadi, jangan tunggu lagi. Dapatkan tiket segera dan datang beramairam­ai bersama sahabat handai dan seisi keluarga kerana para peminat bakal dijanjikan dengan pengalaman menonton yang mempersona­kan,” tambahnya lagi. Trivia ‘Konsert Amal 4nomena Alumni UIAM’

‘Konsert Amal 4Nomena Alumni UIAM’ ini meletakkan sasaran jualan tiket sebanyak 3,000 tiket kepada badan-badan korporat, persatuanp­ersatuan dan orang ramai.

Sebahagian daripada hasil kutipan jualan tiket konsert ini bakal disalurkan kepada tabung bantuan untuk meringanka­n beban pelajar-pelajar UIAM yang kurang berkemampu­an dan turut disumbangk­an kepada dana sosial yang digerakkan oleh ‘Kengkawan Project’ iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi tujuan bantuan kemasyarak­atan.

Konsert penyatuan ini juga bakal mendapat sentuhan barisan pemuzik berpengala­man tanah air iaitu ‘Along Exists & Friends’ yang bakal mengiringi persembaha­n secara ‘live’.

Para peminat bakal dihiburkan dengan persembaha­n daripada kumpulan HIJJAZ, INTEAM, UNIC dan MESTICA. Setiap kumpulan bakal mendendang­kan lima buah hits masing-masing beserta beberapa kejutan menarik yang bakal disajikan kepada para penonton.

Selain itu, terdapat juga persembaha­n istimewa daripada bekas anggota kumpulan nasyid tersebut yang kini aktif bergerak secara solo iaitu Fitri Haris (UNIC), Hafiz Hamidun (UNIC) dan Fadzli Aziz (UNIC).

Bagi merancakka­n lagi penganjura­n konsert ini, para penonton juga bakal disajikan dengan persembaha­n istimewa daripada juara pertanding­an Maharaja Lawak Mega 2014 iaitu Kumpulan Zero yang tidak asing lagi di kalangan peminat hiburan komedi tanah air.

Selain itu turut dalam perancanga­n, terdapat juga penampilan istimewa artis-artis popular sebagai gimik pada malam konsert tersebut yang akan diumumkan menerusi akaun media sosial rasmi kelak dari semasa ke semasa.

Tiket jualan konsert terbahagi kepada 4 zon iaitu Zon VIP, Zon A, Zon B dan Zon C yang dijual bermula dengan harga RM15 hingga RM60 sahaja. Khusus buat pembeli tiket VIP, mereka akan menerima pas istimewa Meet and Greet.

Tiket-tiket tersebut boleh dibeli terus dengan menghubung­i secara Whatsapp di talian 0172833449.

Untuk sebarang butiran lanjut, sila kunjungi akaun media sosial rasmi di Instagram dan Facebook.

Info Ringkas Mengenai Barisan Artis Naungan Hijjaz Records

HIJJAZ mula membina nama dalam industri nasyid tanah air pada tahun 1997 dengan album pertama Cahaya Ilahi.

Bermula dengan empat orang anggota kumpulan iaitu Isman Nadim, Munif Ahmad, Faizal Osman dan Allahyarha­m Salleh Ramli yang digantikan dengan ahli baharu Arifin Rahim. Bertanggun­gjawab menggilap dan melahirkan artis pelapis iaitu INTEAM, UNIC, Mestica dan kumpulan nasyid kanakkanak iaitu Aeman.

Kumpulan INTEAM ditubuhkan pada tahun 2000 yang dianggotai oleh Syahril Khalid, Hazamin Harun, Suhaimi Saad dan Hisyam Ahmad.

Kemudian bertukar dengan Rahim Osman untuk menggantik­an Hisyam Ahmad dan Suhaimi Saad memilih untuk bergerak secara solo. INTEAM kembali berempat dengan kemasukan semula Hisyam pada penghujung tahun 2014.

INTEAM pernah menjadi fenomena dengan lagu bertema cinta ‘Kasih Kekasih’ hingga pernah dilarang menyanyika­n lagu tersebut.

Manakala Kumpulan UNIC yang muncul dengan album pertama berjudul ‘You And I See’, boleh disebut sebagai kumpulan yang paling kerap bertukar anggota dengan ahli terkini Bazli Hazwan, Fakhrul Radhi dan Wan Najdi.

Bekas anggota lain yang pernah menjadi sebahagian daripada UNIC adalah Fitri Haris, Hafiz Hamidun, Afendi, Wan Syah, Fadzli Aziz dan Syed Azlan. Lebih membanggak­an, UNIC & Fitri Haris pernah menjuarai pertanding­an nyanyian Gema Gema Vaganza terbitan Astro Oasis untuk musim pertama dan kedua.

Alumni artis Hijjaz Records bertambah lagi dengan kemunculan MESTICA yang dianggotai oleh Razin Che Mud, Khairul, Khalil dan Saiful.

Kumpulan ini sebenarnya adalah gabungan tiga kumpulan nasyid yang bergiat aktif di kampus UiTM Shah Alam iaitu Is-One, As-Syifa dan Al-Wahdah dan sempat merakamkan tiga album iaitu ‘Sendu Sendawa’, ‘Layar Keinsafan’ dan ‘Tiga Satu Tiga’.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? INTEAM
INTEAM
 ??  ?? HIJJAZ
HIJJAZ
 ??  ?? UNIC & HAFIZ HAMIDUN
UNIC & HAFIZ HAMIDUN
 ??  ?? MAHMUD FAHRURRAZE­Y
MAHMUD FAHRURRAZE­Y
 ??  ?? MESTICA
MESTICA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia