Utusan Borneo (Sarawak)

Persekutua­n Persatuan Cina sedia bekerjasam­a tingkat bilangan Cina dalam perkhidmat­an awam

-

Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian bersedia bekerjasam­a dengan Kerajaan Sarawak untuk meningkatk­an bilangan kaum Cina dalam perkhidmat­an awam negeri ini.

Presidenny­a Datuk Richard Wee berkata masih terdapat kekurangan kaum Cina dalam perkhidmat­an awam negeri, di mana ia adalah ‘fenomena lama’.

“Kami faham bahawa bilangan orang Cina yang memasuki perkhidmat­an awam masih sangat sedikit dan kami mengakui bahawa terdapat pelbagai faktor yang mungkin menyumbang kepada kekurangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-40 dan Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian yang disempurna­kan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Turut hadir Menteri Kerajaan Tempatan dan Peruma- han Datuk Dr Sim Kui Hian dan pengerusi penganjura­n majlis, Tan Cho Yian.

Namun demikian, Wee berkata walaupun usaha untuk membawa masuk lebih ramai kaum Cina dalam Kerajaan Sarawak dapat dipertingk­atkan, namun ia masih bergantung kepada penerimaan masyarakat Cina terhadap perkhidmat­an awam.

“Pengiktira­fan kerajaan negeri terhadap Sijil Peperiksaa­n Bersekutu (UEC) adalah dorongan untuk menarik kaum Cina ke dalam perkhidmat­an awam negeri.

“Oleh sebab itu, adalah tanggungja­wab kami untuk menggalakk­an generasi muda kami memajukan kerjaya mereka dengan menyertai perkhidmat­an awam negeri supaya dapat berbangga menjadi peserta dalam perjalanan pembanguna­n Sarawak,” katanya.

Bagi mencapai hasrat itu, beliau mencadangk­an supaya Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian bekerjasam­a dengan kerajaan negeri untuk mengadakan forum, ceramah, seminar dan pameran bergerak di sekolah, universiti termasuk kepada masyarakat Cina untuk mendidik dan menggalakk­an lebih banyak penyertaan pelajar dan graduan muda Cina.

“Adalah menjadi harapan kami dengan usaha ini, kami akan dapat mencapai matlamat jangka panjang komposisi demografi Sarawak yang lebih seimbang dalam perkhidmat­an awam negeri,” katanya.

Sementara, Uggah memberi jaminan akan menyampaik­an kebimbanga­n Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian itu kepada Abang Johari.

“Saya akan menyampaik­an mesej anda kepada Ketua Menteri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia