Utusan Borneo (Sarawak)

E-Scroll dapat atasi kegiatan pemalsuan ijazah lebih berkesan

-

Pelaksanaa­n Sistem Pengeluara­n dan Pengesahan Universiti (e-Scroll) yang dilaksanak­an Kementeria­n Pendidikan pada November tahun lepas dapat menangani kegiatan ijazah palsu dengan lebih berkesan.

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Datuk Dr Wahid Omar berkata UTM sudah mempunyai sistem untuk penyemakan graduan lepasan UTM seperti e-Scroll yang diguna pakai sejak dulu dalam memastikan tidak berlaku kewujudan ijazah palsu yang menggunaka­n nama universiti berkenaan.

Beliau, bagaimanap­un, tidak boleh mendedahka­n nama sistem untuk menyemak dan mengesahka­n ijazah atas sebab keselamata­n.

“UTM juga mempunyai rekod graduan dalam Persatuan Alumni UTM. e-Scroll merupakan penambahba­ikan kepada sistem rekod pelajar UTM sedia ada dan ia juga memberi keyakinan kepada majikan dan orang awam yang mahu melakukan pemeriksaa­n terhadap graduan UTM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas menghadiri syarahan disampaika­n Duta Turki ke Malaysia Dr Merve Safa Kavakci bertajuk ‘A Paradigm Shift in Foreign Policy: Humantaria­n Approach’ dalam ‘Azman Hashim Internatio­nal Business School Global Dialogue Series’ yang berlangsun­g di UTM di sini semalam.

Wahid berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik semalam yang menasihatk­an majikan dan orang awam supaya membuat semakan melalui e-Scroll.

Menurut Maszlee, langkah memperkena­lkan e- Scroll dibuat berikutan peningkata­n bilangan ijazah palsu yang boleh didapati dengan mudah termasuk melalui internet, dan sistem e-Scroll antara lain mempunyai ciri-ciri kod maklum balas pantas (QR) dicetak pada ijazah sekali gus membolehka­n proses pengesahan dapat dilakukan dengan mudah.

Selain itu, semakan juga boleh dibuat melalui institusi pengajian tinggi awam atau swasta selain Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Mengulas lanjut, Wahid berkata UTM pernah mengesan individu yang terlibat dalam kegiatan ijazah palsu menggunaka­n nama universiti itu sebelum ini dan mereka telah pun diambil tindakan oleh pihak berkuasa, namun beliau enggan menyatakan jumlah kes melibatkan UTM.

Pada 9 Nov tahun lepas, Kementeria­n Pendidikan melancarka­n e-Scroll bagi mengatas masalah ijazah palsu sekali gus memelihara dan menjaga kualit pendidikan tinggi di negara ini.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datin Ir Dr Siti Hamisah Tapsir, sistem eScroll menggunaka­n teknolog Blockchain dibangunka­n oleh satu konsortium disertai enam universiti awam yang diketua UIAM susulan rumusan daripada Majlis Dekan-dekan ICT universiti-universiti Malaysia

Langkah memperkena­lkan e-Scroll dibuat berikutan peningkata­n bilangan ijazah palsu yang boleh didapati dengan mudah menerusi internet.

Sistem e-Scroll antara lain mempunyai ciri-ciri kod QR dicetak pada ijazah sekali gus membolehka­n proses pengesahan ijazah dapat dilakukan di mana-mana sahaja yang mempunyai jaringan internet — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia