Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI ALAMI TEKANAN DITEMUI MATI TERGANTUNG

-

KANOWIT: Seorang lelaki berusia 45 tahun ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam bilik tidur di kuarters perumahan guru di sebuah sekolah rendah di sini kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kanowit ASP Faizal Nawi berkata mayat lelaki dari Kampung Jemoreng, Matu itu dijumpai oleh keluargany­a sekitar jam 6.40 petang kerana curiga selepas berkali-kali mengetuk pintu rumahnya namun tidak dibuka.

Menurutnya, abang mangsa mengambil keputusan memecahkan pintu utama rumah terbabit dan melakukan pemeriksaa­n di setiap bilik sebelum mendapati salah satu bilik dalam keadaan terkunci.

Selepas berjaya membuka pintu bilik terbabit, abangnya mendapati adiknya tergantung pada tali diikat pada penyangkut kipas dalam keadaan tidak bergerak dan tidak bernyawa.

“Terkejut dengan keadaan mangsa, abangnya bergegas ke arah pengawal meminta bantuan menghubung­i polis bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, empat anggota polis diketuai Pemangku Sarjan Mejar Gir Taisim bersama tiga anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Kanowit dihantar ke lokasi kejadian untuk menjalanka­n siasatan.

“Lelaki itu sudah mati lebih kurang empat jam sebelum dijumpai anggota polis dalam kuarters kediamanny­a,” katanya sambil menambah, mangsa dipercayai mengalami tekanan.

Kes diklasifik­asikan sebagai kes mati mengejut dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Kanowit untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia