Utusan Borneo (Sarawak)

RM6 BILION BINA JAMBATAN

Ia untuk melengkapk­an sistem perhubunga­n di laluan pesisir Sarawak.

-

GEDONG: Kerajaan Sarawak memperuntu­kkan RM6 bilion bagi pembinaan jambatan yang diperlukan untuk melengkapk­an sistem perhubunga­n di laluan pesisir di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, antara jambatan itu ialah Jambatan Batang Lupar yang dianggarka­n bernilai RM1 bilion.

"Banyak lagi jambatan yang perlu dibina di laluan pesisir termasuk Jambatan Krian dan Jambatan Saribas, Jambatan Batang Lassa, Jambatan Igan hingga ke Mukah dan Bintulu.

"Inilah jalan pesisir apabila siap insyaAllah ia akan menukar landskap ekonomi kawasan pesisir termasuk Simunjan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis perasmian Pesta Gedong 2019 di sini semalam.

"Inilah rancangan kita yang mana peruntukan dianggarka­n RM6 bilion untuk kita bangunkan kawasan pesisir," tambah Abang Johari.

Beliau menegaskan bahawa Kerajaan Sarawak juga akan meneruskan projek yang telah ditangguhk­an kerajaan pusat dengan menggunaka­n peruntukan sendiri demi kepentinga­n rakyat negeri ini.

Menjelas lanjut, Abang Johari berkata, sudah tibanya masanya untuk Sarawak berdiri di atas kaki sendiri tanpa terlalu berharap kepada kerajaan pusat.

"Kita tidak menentang kerajaan pusat tetapi kita perlu memikirkan sendiri cara dan idea untuk terus membangunk­an Sarawak.

"Sebab itu kita menubuhkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi terus menjaga kepentinga­n Sarawak dan rakyat," katanya.

Malah katanya, bagi bahagian Samarahan, Agensi Pembanguna­n Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA) yang telah ditubuhkan bertanggun­gjawab merancang pelan pembanguna­n di kawasan itu.

"IRSDA akan melihat keperluan pembanguna­n yang boleh dilaksanak­an di daerah Samarahan, Asajaya, Sadong Jaya, Simunjan, Gedong dan Sebuyau.

"Untuk tujuan tersebut sebanyak RM1.5 bilion peruntukan diagihkan untuk dimajukan dalam masa dua tahun bagi melihat keperluan di kawasan ini," katanya.

Beliau berkata, bagi kawasan di bahagian Samarahan yang sentiasa dimasuki air masin yang boleh menjejaska­n aktiviti pertanian, sejumlah RM500 juta diperuntuk­kan bagi membina benteng.

Selain itu, beliau turut mengumumka­n peruntukan sebanyak RM50 juta untuk membina jambatan Lubuk Bunting menghubung­kan Gedong dan bandar raya Kuching.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi, Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Gedong Datuk Mohd Naroden Majais, ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo dan ADUN Simunjan Awla Dris.

 ??  ?? SEMANGAT: Abang Johari bersama Awang Tengah, Naroden dan Asfia mengibarka­n bendera GPS sempena Majlis Pelancaran Pesta Gedong semalam.
SEMANGAT: Abang Johari bersama Awang Tengah, Naroden dan Asfia mengibarka­n bendera GPS sempena Majlis Pelancaran Pesta Gedong semalam.
 ??  ?? APA KHABAR?: Abang Johari bersalaman dengan warga Gedong.
APA KHABAR?: Abang Johari bersalaman dengan warga Gedong.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia