Utusan Borneo (Sarawak)

Patah tulang paha gara-gara langgar lori

Penunggang motosikal langgar bahagian belakang lori hendak memasuki persimpang­an

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Seorang penunggang patah tulang paha kanan selepas motosikal ditunggang­nya terlibat kemalangan dengan lori di Kilometer 18, Jalan Bau-Batu Kawa petang kelmarin.

Penunggang berusia 27 tahun dari Kampung Atas Singai, Bau itu dikatakan melanggar bahagian belakang sebuah lori yang hendak memasuki persimpang­an, sekitar jam 5.50 petang kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon, pemandu lori berusia 39 tahun itu dikatakan dalam perjalanan dari Batu Kawa menuju ke kawasan Sungai Pinang untuk mengangkut tanah.

Manakala penunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Kota Samarahan menuju ke

Kejadian berlaku apabila pemandu lori memperlaha­nkan kenderaann­ya dan turut memberi isyarat untuk membelok ke simpang di sebelah kanan kerana terdapat banyak kenderaan dari arah bertentang­an. DSP Poge Nyaon Ketua Polis Daerah Bau

rumahnya di Kampung Atas Singai, katanya.

“Kejadian berlaku apabila pemandu lori memperlaha­nkan kenderaann­ya dan turut memberi isyarat untuk membelok ke simpang di sebelah kanan kerana terdapat banyak kenderaan dari arah bertentang­an.

“Secara tiba-tiba bahagian belakang lorinya dilanggar penunggang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Poge berkata, akibat per- langgaran itu penunggang motosikal jatuh ke atas jalan raya bersama motosikaln­ya dan mengalami cedera parah iaitu patah bahagian paha kanan.

“Penunggang terbabit menerima rawatan di Hospital Bau dan seterusnya dirujuk ke Hospital Umum Sarawak manakala pemandu lori terbabit tidak mengalami kecederaan,” ujarnya.

Jelasnya, kes kini disiasat di bawah Seksye 43(1)(A) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia