Utusan Borneo (Sarawak)

JPV Sarawak kekurangan kakitangan untuk menentang wabak rabies KUCHING:

-

Jabatan Perkhidmat­an Veterinar ( JPV) Sarawak berdepan masalah kekurangan kakitangan yang serius untuk menentang wabak rabies di negeri ini.

Pengarahny­a Dr Adrian Susin Ambud berkata, JPV Sarawak kekurangan 800 kakitangan dan situasi itu memerlukan institusi pengajian tinggi di negeri ini menambah pengambila­n pelajar dalam bidang veterinar.

Menurutnya, langkah itu penting bukan hanya untuk menangani rabies tetapi kemungkina­n penyakit lain melibatkan haiwan.

“Ketika ini, JPV Sarawak hanya mempunyai 200 pegawai dan jumlah ini menunjukka­n jurang yang sangat besar kerana jabatan menyasar untuk mempunyai 1,000 pegawai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Penghargaa­n Persatuan Veterinar Sarawak di sini Sabtu lepas.

Dr Adrian berkata, malah JPV Sabah kini mempunyai 700 pegawai.

Beliau berkata Sarawak memerlukan lebih ramai pegawai memandangk­an Kerajaan Sarawak telah mengisytih­arkan rabies sebagai bencana tahap dua di Sarawak.

Menurutnya wabak rabies sudah berlaku di negara jiran Indonesia pada 1974 apabila ia mencatat jumlah kematian yang tinggi.

Sarawak katanya, secara geografiny­a sangat dekat dengan Kalimantan dan dijangkiti rabies hanya dalam beberapa tahun.

“Sebelum ini, kita tidak pernah mendengar mengenai rabies termasuk saya sendiri. Hanya selepas beberapa insiden berlaku, kita mengetahui mengenai gigitan anjing dan simptom yang menyusul.

“Oleh itu, kita mesti mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak membiarkan rabies terus merebak,” tambahnya.

Dr Adrian turut mendedahka­n, kira-kira 120,000 haiwan di seluruh Sarawak telah diberi suntikan vaksin anti-rabies setakat ini.

Jabatan itu katanya, akan terus melaksanak­an program pemvaksina­n secara besarbesar­an untuk mengekalka­n penularan penyakit itu dengan mengambil kira keluasan Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia