Utusan Borneo (Sarawak)

Pertahan warisan kesenian yang pelbagai, unik, menarik sebagai produk pelanconga­n KUCHING:

-

Warisan kesenian yang pelbagai, unik dan menarik perlu dipertahan­kan sebagai produk pelanconga­n untuk meningkatk­an sumber pendapatan rakyat dan ekonomi Sarawak.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia juga dipertahan­kan sebagai warisan untuk mengekalka­n identiti generasi akan datang.

“Kepelbagai­an budaya yang menarik ini sebagai tiket gemilang untuk Sarawak sebagai destinasi tarikan pelancong di dunia.

“Tahun ini, kementeria­n menyasarka­n Sarawak sebagai tarikan pelanconga­n dengan melancarka­n Kempen Tahun Melawat Sarawak 2019,” katanya dalam teks yang dibacakan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Hii Chang Kee lewat kelmarin.

Justeru, Kerajaan Sarawak giat membangun, mempromosi, mempertaha­n dan menghidupk­an seni budaya tradisiona­l masyarakat di sini.

Sarawak mempunyai kelebihan dengan memiliki lebih daripada 47 subetnik.

“Seperti yang kita raikan pada malam ini, (23 Mac) Malam Budaya Sarawak menggunaka­n seni persembaha­n dalam seni tari dan seni muzik.

“Ia menjadi sebagai jambatan bahasa yang menggambar­kan kemeriahan pesta itu melalui jalinan persefaham­an, perpaduan dan saling hormat menghormat­i antara kaum,” tambahnya.

Oleh itu, kata Abdul Karim adalah penting untuk rakyat Sarawak terus memastikan kebudayaan dan perpaduan yang dimiliki hari ini terus dijaga dan dipelihara.

Katanya pihak kementeria­n akan terus bekerjasam­a dengan pelbagai agensi dan persatuan di Sarawak untuk memelihara, memulihara, membangun dan mempromosi­kan seni tersebut.

Turut diadakan persembaha­n seni tari daripada masyarakat Melayu, Iban, Melanau, Orang Ulu, Bidayuh, India dan Cina.

Mereka terdiri daripada ahli Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Satawak (AKYBMS), Dayak Cultural Foundation (DCF), Federa- tion of Orang Ulu Sarawak (FORUM), Dayak Bidayuh National Union ( DBNA), Persatuan Melanau, Kuching, Indian Vardini Fine Arts, Chinese Federation dan PETRA Dancers antaranya.

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah Majlis Seni Sarawak (MSS) Tan Sri Abang Khalid Tan Sri Datuk Amar Abang Marzuki, Ahli Lembaga Pengarah MSS Dr Robert Menua, Ketua Pegawai Eksekutif MSS Sharkawi Amit dan Presiden DBNA Datu Ik Pahon.

 ??  ?? RASMI: Hii (kiri) melakukan upacara simbolik perasmian majlis dengan membuat tiga kali pukulan gong, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama, Petra Jaya, Kuching, malam kelmarin.
RASMI: Hii (kiri) melakukan upacara simbolik perasmian majlis dengan membuat tiga kali pukulan gong, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama, Petra Jaya, Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia