Utusan Borneo (Sarawak)

Skim Penempatan Semula Sekuau perlu dipulihara SIBU:

-

Skim Penempatan Semula Sekuau di bawah Markas Keselamata­n Kawasan Rajang ( RASCOM) dahulu perlu dipulihara bagi menjaga khazanah sejarahnya agar sentiasa diingati.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christophe­r Gira Sambang berkata, skim penempatan itu boleh didirikan sebuah muzium atau rumah panjang lama dijadikan inap desa.

“Leftenan Jeneral (B) Datuk Stephen Mundaw ada memberitah­u saya bahawa Skim Penempatan Sekuau wajar dibina satu mercu tanda sebagai memperinga­ti sejarah kewujudan RASCOM.

“Bagi saya, cadangan mewujudkan sebuah muzium atau inap desa adalah relevan bagi kita merealisas­ikan hasrat itu,” katanya ketika menyempurn­akan pelancaran buku ‘The Murder Of Penghulu Imban’ di sini, malam kelmarin.

Gira berkata, jika berjaya melaksanak­an cadangan itu orang luar boleh datang ke Skim Penempatan Semula Sekuau sebagai satu tempat bersejarah seterusnya menjadi tumpuan pelancong.

Hadir sama Stephen Mundaw yang merupakan Pegawai Khas kepada Ketua Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Toh Choon Siang dan penulis buku tersebut, Leftenan Kolonel (B) Linus Lunsong Janti serta tetamu lain.

Bagi merealisas­ikan impian menjadikan Sekuau sebagai sebuah tempat bersejarah di negeri ini, Gira mempelawa penduduk di Sekuau menyuaraka­n pendapat mereka berhubung perkara itu kepada kerajaan negeri.

“Di samping itu, kita percaya Mundaw menyokong perkara ini lebih-lebih lagi beliau berpengala­man dalam bidang ketenteraa­n. Walaupun sudah bersara, beliau telah dilantik sebagai pegawai khas kepada Ketua Menteri.

“Ini satu kelebihan kepada cadangan saya sebutkan dan mampu menjadi nyata selepas ini,” jelasnya.

Bercakap mengenai buku itu, Gira berkata buku tersebut telah dilancarka­n di Kuching sebelum ini.

“Buku ini adalah untuk memperinga­ti sumbangan dan mendedahka­n siapa Penghulu Imban. Apa yang dilakukan- nya dan kenapa beliau dibunuh oleh komunis semuanya ada di dalam buku ini,” ujarnya.

Beliau memberitah­u, sebelum ini hanya ahli keluarga serta warisnya sahaja tahu cerita sebenar mendiang Penghulu Imban.

“Ini menjadi sebab kenapa buku ini dihasilkan, lebihlebih lagi kepada generasi muda,” katanya sambil merakamkan penghargaa­n kepada Linus yang menulis buku tersebut atas permintaan­nya sendiri.

Sementara itu, beliau menggesa sesiapa individu mempunyai bakat menulis tentang kisah ‘Bujang Berani’ supaya tampil mengetenga­hkan bakat mereka.

“Bukan itu sahaja, kisah Mundaw juga boleh dibukukan sebagai tatapan ramai atau contoh kepada generasi muda kerana beliau merupakan Iban pertama berjawatan tinggi dalam ketenteraa­n.

“Sebagai wakil rakyat, saya menyokong sepenuhnya mana-mana individu mahu menulis kisah ‘Bujang Berani’ atau Mundaw sama ada dari segi pendapat mahupun dana,” katanya.

 ??  ?? HASIL KARYA: Gira (lima kiri), Mundaw (tiga kiri), Toh (lima kanan), Linus (tengah) serta yang lain melancarka­n buku berjudul ‘The Murder Of Penghulu Imban’ di Sibu, malam kelmarin.
HASIL KARYA: Gira (lima kiri), Mundaw (tiga kiri), Toh (lima kanan), Linus (tengah) serta yang lain melancarka­n buku berjudul ‘The Murder Of Penghulu Imban’ di Sibu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia