Utusan Borneo (Sarawak)

Setiap anak ibu tunggal perlu menerima pendidikan MIRI:

-

Setiap anak daripada keluarga ibu tunggal perlu menerima pendidikan sewajarnya dan bersekolah seperti rakan sebaya mereka yang lain.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata dengan adanya pendidikan membolehka­n anak-anak mereka mencapai kejayaan dan seterusnya mendapat pekerjaan bagi menjamin masa depan.

“Jangan jadikan tidak berkemampu­an atau dibelenggu kemiskinan sebagai alasan menyekat anak-anak mereka bagi mendapatka­n pendidikan.

“Jika dibandingk­an dahulu, tidak banyak landasan ibu-ibu tunggal mendapatka­n bantuan khasnya dari segi penyediaan pendidikan untuk anak-anak mereka.

“Tetapi, hari ini terdapat pelbagai bantuan disediakan seperti menerusi persatuan berkaitan membantu meringanka­n beban ibu-ibu tunggal,” katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kelab Sosial dan kebajikan Harmoni Miri, Persatuan Ibu Tunggal Miri di sini petang semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata, kebajikan ahli persatuan ibu tunggal di bawah kelab terbabit dijaga dengan baik terutama untuk pendidikan anak-anak mereka.

“Sebab itu, persatuan ini penting memastikan kebajikan ibu tunggal terjaga. Malah persatuan ini turut aktif melakukan pelbagai aktiviti bermanfaat selain membantu ibu tunggal,” katanya yang juga penasihat persatuan itu.

Beliau turut mengingatk­an ahli persatuan itu agar saling memberi galakan dan sokongan sesama mereka bagi meningkatk­an semangat masing-masing.

Sementara itu, bagi menyokong usaha kelab itu, Lee turut menyampaik­an geran sebanyak RM50,000 bagi mereka membiayai aktiviti terutama membantu ibu-ibu tunggal yang berdepan kesusahan.

Peruntukan itu juga digunakan untuk memberi insentif kepada anak-anak ibu tunggal yang cemerlang dalam pendidikan.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Miri, Connie Tang

 ??  ?? UNTUK KEBAJIKAN: Lee menyerahka­n cek peruntukan bernilai RM50,000 kepada Tang sambil disaksikan yang lain.
UNTUK KEBAJIKAN: Lee menyerahka­n cek peruntukan bernilai RM50,000 kepada Tang sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia