Utusan Borneo (Sarawak)

Sikap bekerjasam­a, berpandang­an jauh, ingin maju mantapkan organisasi SRI AMAN:

-

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak sedang berbincang secara serius mengenai rancangan pembinaan stesen tiga dalam satu tersebut.

Langkah itu juga katanya, sebahagian daripada usaha Sarawak mencapai revolusi perindustr­ian 4.0 yang bertujuan meluaskan penggunaan bahan api yang tidak mencemarka­n alam sekitar.

“Sebagai permulaan, kita telah menggunaka­n perkhid- Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

“Manakala Sarawak Energy Berhad ( SEB) berperanan memperkena­lkan teknologi penggunaan kuasa tenaga baharu yang boleh diguna pakai lagi mesra alam,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Muda Hashim Garage Sale 4.0 anjuran Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N8 Satok di Jalan Kulas di sini, malam kelmarin.

Abang Johari percaya usaha itu akan menjadi platform untuk membawa lebih kemajuan dalam industri tenaga pada masa depan.

Bercakap mengenai bas hidrogen katanya, Sarawak akan mempunyai tiga bas menggunaka­n kuasa hidrogen di bandar raya ini untuk tujuan pelanconga­n sebagai permulaan.

“Dengan adanya perkhidmat­an ini, ia bermakna kita mempunyai perkhidmat­an pengangkut­an awam yang lebih mesra kepada alam sekitar dan pada masa sama, Sarawak akan menjadi negeri pertama dalam Asia Tenggara menggunaka­n bas hidrogen,” ujarnya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menggesa usahawan muda menggunaka­n teknologi untuk membantu mengembang­kan perniagaan masing-masing.

“Program Garage Sale 4.0 merupakan antara usaha parti memberi pendekatan ba- haru kepada generasi muda tentang cara perniagaan alaf baharu termasuk pemasaran dalam talian,” katanya sambil menyebut cara penggunaan Sarawak Pay.

“Justeru, Pemuda PBB Satok diminta mengadakan seminar untuk memberi penerangan khusus tentang penggunaan teknologi dalam perniagaan,” tambahnya.

Hadir sama, Ketua Pemuda PBB N8 Satok Dzamaluddi­n Zainudin dan tetamu jemputan lain.

Sikap bekerjasam­a, berpandang­an jauh dan ingin maju merupakan ciri-ciri penting memantapka­n sesebuah organisasi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang berkata jika organisasi itu tidak mempunyai ciri-ciri tersebut mencermink­an ia tidak dapat maju ke hadapan.

“Saya harap mana-mana organisasi menepis sikap tersebut dan perlu bekerjasam­a dan berpandang­an jauh,” katanya pada Majlis Randau di Rumah Lani, Entulang Jalai di sini.

Katanya, organisasi terbabit harus sentiasa menerima teguran dan pandangan orang lain dengan hati terbuka.

Mong berkata, perpecahan organisasi dapat dilihat dalam kalangan ahli JKKK di rumahrumah panjang dan ia tidak harus berlaku.

“Sekiranya perkara seperti itu terus berlaku sudah pasti organisasi terbabit tidak bertahan lama dan tidak dapat maju seperti organisasi lain,” katanya.

Hadir sama Kauselor Menjang, Kaunselor Atal serta yang lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia