Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak lancar Kuching Heritage Week minggu depan KUCHING:

-

Kerajaan Sarawak akan melancarka­n Kuching Heritage Week pada minggu depan bagi mempromosi­kan tempat bersejarah dan berbudaya di bandar raya ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia sebagai usaha mempromosi­kan tarikan pelanconga­n di bandar raya Kuching yang kebanyakan­nya terletak di Satok, Jalan Gambier, Jalan Main Baazar sehingga ke Padungan.

“Kita juga telah menaik taraf beberapa kemudahan di kawasan ini. Antaranya barubaru ini kita telah merasmikan masjid terapung iaitu Masjid India Bandar Kuching yang menjadi salah satu tarikan utama dalam kawasan Kuching Heritage,” katanya.

Beliau berkata demikain ketika berucap pada Majlis Perasmian Muda Hashim Garage Sale 4.0 anjuran Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N8 Satok di Jalan Kulas di sini, malam kelmarin.

Abang Johari menambah, selain itu, Kerajaan Sarawak juga akan menaik taraf kemudahan di kawasan sekitar Brooke Dockyard lama hingga Tebingan Kuching di Kampung Masjid dan Kampung Bintangor.

“Dengan kemudahan sebegini, sudah tentu akan dapat menarik kehadiran ramai pelancong.

“Ini bermakna, apabila ramai pelancong datang, maka ramai juga yang akan membeli barangan seperti hasil kraf tangan, keringkam, kuih tradisi dan sebagainya daripada penduduk tempatan,” ujarnya.

“Jadi, inilah peluang untuk penduduk tempatan terutama generasi muda terlibat dalam perniagaan dan perdaganga­n,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa penduduk tempatan merebut peluang berkenaan bagi menjana pendapatan dan seterusnya dapat mengembang­kan perniagaan masingmasi­ng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia