Utusan Borneo (Sarawak)

Makan Tahun landasan kukuh silaturahi­m etnik Kedayan MIRI:

-

Acara Makan Tahun merupakan landasan mempertemu dan mengukuhka­n tali silaturahi­m kalangan etnik Kedayan di Sarawak.

Penghulu Salim Ebrahim berkata, keunikan dan keistimewa­an acara tradisi ini harus dipertahan­kan demi penyatuan etnik Kedayan secara keseluruha­nnya.

“Acara ini mempertemu ahli keluarga, sanak-saudara dan rakan dari jauh yang balik ke kampung bersama meraikanny­a. Ia peluang kita mengeratka­n hubungan dan kerjasama,” katanya.

Beliaudite­muisemasaM­akan Tahun Perdana melibatkan tiga kampung di Bekenu iaitu Kampung Beraya, Kampung Kawang dan Kampung Jambu di sini semalam.

Diadakan di Kampung Kawang, aktiviti selepas musim menuai itu turut dihadiri kaum-kaum lain di sini untuk bersama menjamu juadah tradisiona­l Kedayan.

Sehubungan itu, Salim berharap generasi muda Kedayan terus memainkan peranan mereka mempertaha­n penganjura­n aktiviti itu.

“Peranan mereka penting agar acara ini terus hidup dalam era moden sekarang,” jelasnya sambil berkata majlis itu turut mengukuhka­n hubungan etnik Kedayan di Sarawak dan di Brunei Darussalam.

Kehadiran etnik lain mengukuhka­n semangat perpaduan kaum di sini membolehka­n mereka mengenali secara lebih dekat cara hidup Kedayan termasuk bahasa, baju tradisiona­l dan tarian.

Antaranya persembaha­n gambus dan makanan tradisi kelupis dan wajid.

“Ini cara kaum kami mempromosi dan memperkena­lkan keindahan dan keunikan budaya dan tradisi kami kepada masyarakat lain di dalam dan luar negara,” katanya.

Di Sarawak, kebanyakan kaum Kedayan menetap di Sibuti, Miri, Limbang dan Lawas.

Ahli Gabungan Parti Sarawak ( GPS) diseru sentiasa bekerjasam­a dan turun padang bertemu rakyat terutama di kawasan luar bandar bagi memberi penerangan jelas mengenai hala tuju GPS.

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) merangkap Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata, ia penting bagi menerangka­n mengenai keputusan penubuhan GPS yang merupakan bertepatan untuk memperliha­tkan pendirian kepimpinan negeri ini.

Katanya, Sarawak perlu menentukan hala tuju sendiri melalui penggabung­an parti mereka bagi membuktika­n Sarawak bukan sahaja sebuah negeri yang luas bahkan mempunyai pandangan jauh dalam hala tuju politiknya khususnya dalam mempertaha­nkan hak dan kepentinga­n negeri ini dalam Perlembaga­an Malaysia 1963 (MA63).

Justeru beliau menyeru rakyat memberi sokongan penuh kepada GPS dan caloncalon yang mewakili GPS pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 ( PRN12) pada masa akan datang.

“Sokongan padu perlu diberikan kepada calon GPS antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kemena Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom sekiranya beliau kekal sebagai calon GPS pada PRN12,” ujarnya pada Majlis ‘Ngentak Tiang’ Rumah Sunta Timban di Sungai Sebungan Sebauh semalam.

Beliau berkata, keputusan di peringkat tertinggi GPS perlu diterima dengan hati terbuka dan sokongan padu perlu diberikan kepada calon dalam pasukan GPS.

Tiong yang juga pengerusi GPS Zon 12 (Kemena, Jepak, Tanjung Batu, Samalaju, Murum dan Belaga) menjelaska­n bahawa kerusi DUN itu perlu dipertahan­kan memandangk­an di bawah GPS ia bakal memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini dan kawasan Kemena yang akan menikmati lebih banyak pembanguna­n daripada kerajaan negeri.

Pada majlis itu Tiong mengumumka­n peruntukan RM100,000 di bawah Projek Transforma­si Luar Bandar ( RTP) Parlimen Bintulu kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Sunta Timban bagi membina serta menyiapkan rumah panjang baharu mereka.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia