Utusan Borneo (Sarawak)

Kesetiaan kepada parti penyumbang kepada kekuatan PBB Pantai Damai KUCHING:

-

Kesetiaan kepada parti menjadi penyumbang kepada kekuatan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pantai Damai pada pilihan raya sebelum ini.

Demikian kata Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi semasa program Retreat N.4 Pantai Damai di Retreat & Training Centre, malam kelmarin.

Selain itu katanya, kemantapan pasukan turut menjadi asas kepada kekuatan tersebut.

“Keyakinan itu hasil daripada kerjasama jitu kepimpinan parti di peringkat cawangan dan ranting terutama dalam mendaftark­an ahli baharu serta meyakinkan masyarakat,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Elektrik Luar Bandar mengingatk­an ahli PBB Cawangan Pantai Damai agar tidak terpengaru­h dengan tawaran yang diberikan parti lain sebaliknya terus mengekalka­n kesetiaan.

“Malah, saya mohon agar kepimpinan PBB Pantai Damai peringkat cawangan dan ranting terus aktif mendaftar lebih ramai ahli,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu berkata, salah satu usaha yang boleh dijalankan adalah termasuk pendekatan dari rumah ke rumah dan penganjura­n aktiviti.

“Insya-Allah dengan adanya usaha berterusan sebegini, kita akan terus dapat mengekalka­n kemenagan dalam Pilihan Raya Negeri akan datang,” ujarnya.

Terdahulu, seramai 43 kepimpinan Bapa, Wanita dan Pemuda PBB menyertai program tersebut.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia