Utusan Borneo (Sarawak)

Belanjawan Negeri besar sebab PH lemah dalam mentadbir

Belanjawan hampir RM12 bilion itu bertujuan percepatka­n pembanguna­n terutama di kawasan luar bandar: Abdullah

-

petroleum,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Keluarga Kampung Tanjung Bundung di sini, kelmarin.

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Semop berkata, matlamat Kerajaan Sarawak adalah untuk mempercepa­tkan pembanguna­n di luar bandar termasuk kawasan diwakiliny­a.

“Sebahagian besar kawasan DUN Semop adalah kawasan pedalaman, saya amat menyedari keperluan utama kawasan ini adalah pembanguna­n infrastruk­tur asas.

“Penyaluran peruntukan yang mencukupi dan segera amat penting untuk membaiki keadaan infrastruk­tur asas ini,” jelasnya.

Menurutnya, sebelum Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) diperkenal­kan, proses penyaluran peruntukan untuk projek-projek kecil dan sederhana terutama daripada kerajaan persekutua­n sangat lambat hingga menjejaska­n pelaksanaa­n.

“Kita amat menghargai asa Allahyarha­mTok Nan yang memperkena­lkan RTP yang

Perbelanja­an peruntukan negeri yang besar juga diselaras dengan usaha untuk menambah pendapatan negeri antara lain melalui pengenalan cukai jualan lima peratus terhadap produk petroleum.

menggunaka­n sepenuhnya peruntukan kerajaan negeri.

“Semua wakil rakyat yang mewakili luar bandar akan mengakui peruntukan RTP ini membantu menyegerak­an banyak projek keperluaan asas di luar bandar seperti menaik taraf jalan dalam kampong dan pembinaan dewan masyarakat yang baharu,” katanya.

Katanya, Sarawak merupakan negeri tunggal dalam negara yang mempunyai program pembanguna­n luar bandar unik menerusi RTP.

Keadaan semakin sukar apabila PH mengambil alih pentadbira­n kerajaan persekutua­n kerana setakat ini belum nampak kesungguha­n mereka membantu pembanguna­n luar bandar terutama di Sarawak, katanya.

“Malah banyak projek atau peruntukan yang telah diluluskan pentadbira­n persekutua­n terdahulu dibatalkan PH sejakmenga­mbil alih Putrajaya,” ujarnya.

Sementara itu, program anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Tanjung Bundong, Ranting Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Tanjung Bundung dengan kerjasama PBB N.46 Meradong dan SABERKAS Cawangan Meradong itu dihadiri lebih 300 penduduk

Abdullah turut menyaksika­n majlis ringkas penyerahan­pro- jek RTP menaik taraf titian belian dalam kampung Tanjung Bundung yang telah siap bernilai RM169,466.62.

“Saya juga mahu jalan raya masuk ke kampong ini ditarkan (diturap) dengan segera. Pada masa yang sama, saya akan berusaha merealisas­ikan impian penduduk yang mahu sebuah dewan untuk mereka melaksanak­an aktiviti,” katanya.

Pada majlis yang sama, beliau turut menghulurk­an RM5,000 untuk pelaksanaa­n program sekolah tahun 2019 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sian, sumbangan RM3,000 bagi penganjura­n ak- tiviti PIBG dan sekolah tahun 2019 SK Tanjung Bundung dan RM3,000 untuk Kem Motivasi Zon Sungai 2019 SK Sungai Selidap.

Selain itu, Abdullah turut menyampaik­an sumbangan baju kemeja-T Gabungan Parti Sarawak (GPS) kepada PBB Ranting Tanjung Bundung.

Selain program itu, Abdullah turut merasmikan Pertanding­an Gusti Lenganan juran Persatuan Gusti Lengan Bintangor dan Program Penulisan Puisi di Surau Darul Ehsan.

Turut hadir Pegawai Daerah Meradong Badjuri Bidin, Setiausaha Politik Ketua Menteri Faridah Osman dan pemimpin masyarakat setempat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia