Utusan Borneo (Sarawak)

Kebanyakan pesakit buah pinggang tidak sedar mereka menghidapi­nya

-

Kebanyakan pesakit buah pinggang tidak menyedari mereka menghidapi penyakit itu sehinggala­h semuanya sudah terlambat.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah SKF Temenggung Datuk Vincent Lau berkata rawatan dialisis dan pemindahan organ dapat dielak sekiranya penyakit buah pinggang dapat dikesan lebih awal.

Malah, beliau berkata 850 juta manusia di seluruh dunia kini disyaki mempunyai penyakit buah pinggang yang diperolehi daripada pelbagai punca.

“Penyakit buah pinggang kronik (CKD) menyebabka­n sekurang-kurangnya 2.4 juta kematian setahun.

“Sementara itu, kecederaan buah pinggang akut (AKI), penyebab utama CKD menjejaska­n 13 juta orang di seluruh dunia.

“Dianggarka­n sekitar 1.7 juta orang meninggal dunia setiap tahun kerana AKI dan 85 peratus daripada kes ini ditemui di negara berpendapa­tan rendah dan sederhana,” katanya pada penyampaia­n hadiah sempena aktiviti larian ‘Kidney Run 2019’ di Dataran Tuanku Haji Bujang di sini semalam.

Acara itu menarik lebih 1,300 peserta dan dianjurkan secara bersama oleh Melilea Malaysia Sdn Bhd, Kelab Berbasikal Swan Sibu dan Sibu X-Sports Club.

Dana diperolehi daripada acara itu disumbangk­an kepada SKF.

Ia dianjurkan sempena Hari Buah Pinggang Sedunia 2019 bertemakan ‘Kidney Health for Everyone Everywhere’.

Lau berkata tahun ini, Hari Buah Pinggang Sedunia menetapkan meningkatk­an kesedaran beban penyakit buah pinggang tinggi dan meningkat di seluruh dunia dan keperluan strategi pencegahan dan pengurusan.

Mengenai SKF, Lau berkata ia diperbadan­kan pada 1993.

“Selama 26 tahun, kami terus mencari jalan meningkatk­an kesedaran dan mendidik masyarakat tentang penjagaan kesihatan buah pinggang, meningkatk­an dan memanjangk­an seramai mungkin nyawa.

“Kami berusaha membantu pesakit buah pinggang di Sibu dan wilayah tengah melalui penyediaan rawatan dialisis bersubsidi dan berpatutan, perkhidmat­an pembanguna­n pesakit berkualiti serta pendidikan awam mengenai penyakit buah pinggang, rawatan dialisis dan transplant­asi,” katanya.

Hadir sama Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King, Pengurus SKF Ivy Lau, Pengurus Cawangan Melilea Sibu, Ting Ping Toh dan Eksekutif Kanan KTS Trading Sdn Bhd Kevin Lau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia