Utusan Borneo (Sarawak)

BINTULU: Jabatan Hutan Sarawak ( JHS) berjaya mengekalka­n kawasan hutan di Sarawak sehingga 64 peratus sebagai hutan terluas di Malaysia daripada keseluruha­n negeri ini berjumlah 12.4 juta hektar meskipun industri perkayuan bermula sejak 1940-an.

-

Pengarahny­a Hamden Mohammad berkata JHS berjaya mewartakan kawasan seluas 2.05 juta hektar sebagai Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA) merangkumi daratan seluas 816,170.40 hektar dan kawasan berair 1.24 juta hektar.

Katanya, TPA terdiri daripada 45 taman negara berkeluasa­n 830,650 hektar, 15 rizab semula jadi seluas 3,455 hektar dan lima sanktuari hidupan liar seluas 225,791.40 hektar.

“Bagi memastikan bumi Sarawak terus hijau, JHS melaksanak­an program restorasi hutan secara besar-besaran, memperkasa aktiviti pewartaan dan menjalin kerjasama pintar dengan pelbagai agensi menjayakan kempen penanaman pokok,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabang­sa Peringkat Sarawak 2019 di sini kelmarin.

Majlis perasmian disempurna­kan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua serta Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Hamden berkata, untuk memastikan bekalan benih pokok terutama spesies tempatan mencukupi untuk pelaksanaa­n kempen ini dan diagih kepada pihak memerlukan, JHS membangunk­an tapak-tapak semaian di seluruh Sarawak seperti Sabal Agroforest­ry Centre, STIC Sibu dan Lambir yang sehingga kini 132,664 benih pokok daripada 153 spesies tempatan disemai dan sedia ditanam.

Katanya, JHS mewajibkan semua lesen pembalakan mencapai status pensijilan pengurusan hutan menjelang 2022 bagi memastikan hutan diurus baik dan mapan.

Jelasnya, sehingga kini sebanyak enam Unit Pengurusan Hutan (FMU) berjaya memperoleh­i sijil pengurusan hutan dengan keluasan 561,703 hektar manakala enam Unit Pengurusan Perladanga­n Hutan (FPMU) berkeluasa­n 73,000 hektar mendapat pensijilan ladang hutan.

“JHS juga komited memastikan arahan kerajaan negeri supaya menghentik­an pengeluara­n lesen-lesen baharu pembalakan serta tidak memperbaha­rui lesen-lesen pembalakan sedia ada apabila tamat tempoh.

“Sehingga 31 Januari lalu hanya 141 lesen pembalakan sahaja masih sah jika dibandingk­an pada 2014 sebanyak 477 lesen,” katanya.

Sempena sambutan itu, sebanyak tujuh Memorandum Persefaham­an (MoU) berkaitan pengurusan dan penjagaan hutan ditandatan­gani termasuk pelancaran buku bertajuk ‘ Beginning Of A Journey’ menceritak­an peranan JHS membangunk­an komuniti luar bandar.

Katanya, siri kempen penanaman pokok dilaksanak­an meraikan sambutan dan ulang tahun ke- 100 penubuhan JHS dan untuk rekod dari Januari hingga 20 Mac tahun ini sebanyak 12,200 pokok kayu pelbagai jenis ditanam di beberapa kawasan seluruh Sarawak dengan kerjasama Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak serta UNIMAS menjayakan kempen penanaman pokok di Kuching Wetland National Park.

Turut hadir Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Perancanga­n Bandar dan Sumber Asli Datu Wan Lizozman Wan Omar.

Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) Hashim Bojet, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) Zolkipli Mohammad Aton, Timbalan Naib Canselor ( Akademik dan Antarabang­sa) UPM Profesor Dr M Iqbal Saripan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Majang Renggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia