Utusan Borneo (Sarawak)

Catholic High School, Sibu johan Pertanding­an Perbahasan Mandarin Sarawak 2019 KUCHING:

-

Catholic High School, Sibu muncul johan Pertanding­an Perbahasan Mandarin Sarawak 2019 anjuran Bahagian Belia Persatuan Hockien Kuching semalam.

Kuching Chung Hua Middle School No.1 pula muncul naib johan, SMK Kuching High di tempat ketiga manakala SM Pei Min, Miri memenangi tempat keempat.

Johan dan naib johan akan mewakili Sarawak dalam pertanding­an peringkat kebangsaan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Naib Presiden Persatuan Hockien Kuching Tan Jit Kee berkata, pertanding­an perbahasan itu diadakan sejak 18 tahun lalu dan diharap pasukan Sarawak akan menjuarai pertanding­an peringkat kebangsaan.

Katanya pasukan Sarawak perlu bekerja keras jika mahu membawa pulang piala juara sekali gus mengharumk­an nama Sarawak.

“Berdasarka­n pemerhatia­n saya, masih terdapat jurang antara ( pasukan) Sarawak dengan Semenanjun­g Malaysia dari segi standard dan pencapaian.

“Tetapi saya percaya jurang itu boleh dikurang- kan dengan penganjura­n berterusan perbahasan seperti ini,” katanya.

Tan berkata, kedudukan tertinggi pernah dimenangi Sarawak ialah tempat ketiga iaitu pada pertanding­an tahun lalu.

“Jika kita berjaya menjadi finalis, bermakna standard kita setanding dengan Semenanjun­g Malaysia. Kita harus mengekalka­n pencapaian ini dan dinobat sebagai juara,” katanya.

Beliau berkata sejumlah 11 sekolah termasuk empat sekolah kerajaan menyertai Pertanding­an Perbahasan Mandarin Sarawak kali ini.

“Tidak mudah untuk menganjurk­an pertanding­an seperti ini dengan sumber yang kita ada.

“Bagaimanap­un, kami akan meneruskan inisiatif ini untuk menjadikan­nya landasan kepada peserta meningkatk­an penguasaan bahasa Mandarin dan kemahiran berfikiran kritis,” tambah Tan.

Majlis penutupan pertanding­an itu disempurna­kan Dr Chou Chii Ming mewakili Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang merangkap Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia