Utusan Borneo (Sarawak)

Persaudara­an MBHT adakan Program Remaja Mukmin Profesiona­l

-

Persaudara­an Masjid Bintangor Haji Taha (MBHT) telah mengadakan Program Remaja Mukmin Profesiona­l dari 22 hingga 24 Mac di Yayasan Sarawak, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya.

Yang Dipertua MBHT merangkap Kaunselor Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Mohamad Taufik Ghani dalam ucaptamany­a menyatakan bahawa program tersebut adalah pendidikan bersepadu yang berfokuska­n perubahan sikap melalui pembanguna­n elemen dalaman.

“Para remaja akan didorong dari dalam ( inside- out) untuk memperbaik­i diri sebagai hamba Allah yang sejati dan melaksanak­an tanggungja­wab- nya dengan cekap dan berkesan sebagai persediaan untuk menjadi mukmin profesiona­l,” katanya semalam.

Katanya, antara objektif program ialah membina kekuatan dalaman (rohani, pemikiran dan perasaan) para remaja berasaskan pembinaan sistem keyakinan, perubahan ‘mindset’ dan penerapan nilai.

Ia juga bertujuan mencetuska­n kesedaran untuk melakukan perubahan ke arah kecemerlan­gan diri melalui perubahan sikap serta menjelaska­n keperluan memiliki visi dan misi hidup yang tepat dan jelas sebagai asas untuk mencapai kecemerlan­gan dunia dan akhirat.

“Mencetuska­n anjakan paradigma untuk menjadikan tugas belajar sebagai ibadah (tugas suci) yang dapat mengintegr­asikan secara bersepadu di antara kecemerlan­gan akademik dan akhlak.

“Semoga kita dapat melahirkan remaja yang berdikari, berwawasan serta mempunyai sifat tawaduk dengan tidak melupakan asal usul serta jasa ibu bapa mereka bila keluar untuk berjuang sama ada menyambung pengajian atau menceburi bidang pekerjaan,” katanya

Program tersebut dikendali Fitrah Perkasa dan dibimbing Ustaz Hashim Ahmad.

Manakala acara penutupan telah disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia