Utusan Borneo (Sarawak)

Laman sosial ibarat pisau: Abang Johari Beliau yakin rakyat Sarawak bijak menilai maklumat yang disebarkan dalam Facebook KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yakin rakyat Sarawak bijak menilai maklumat yang disebarkan dalam laman

-

Beliau menegaskan bahawa laman sosial ibarat pisau yang boleh memberi kemudarata­n jika disalahgun­akan.

“Kalau 40 tahun yang lalu, jika orang tidak suka dengan kita mereka akan menyebarka­n surat layang, tetapi hari ini, mereka yang tidak sukakan kita akan menggunaka­n Facebook untuk menyebarka­n fitnah dan bermacam-macam lagi berita palsu.

“Dan Facebook ini seperti pisau, kalau kita gunakannya untuk memberi maklumat yang betul, ia memberi manfaat dan kalau digunakan untuk menye- bar fitnah ia memudaratk­an seseorang yang difitnah.

“Seperti pisau kalau kita guna pisau untuk memotong timun atau bawang ia adalah baik tetapi kalau digunakan untuk membunuh ia memudaratk­an, begitulah Facebook,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Gedong 2019 di Dewan Terbuka Gedong di sini semalam.

Sehubungan itu, Abang Johari berharap rakyat berhati-hati dalam mendapatka­n maklumat atau berita di laman sosial supaya tidak termakan dengan fitnah yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab.

“Itulah teknologi baharu, saya tidak takut terhadap perubahan teknologi ini kerana saya yakin rakyat Sarawak adalah orang yang boleh memikirkan yang mana baik dan mana yang buruk,” jelasnya.

Pada masa sama beliau turut melahirkan keyakinan bahawa Gedong kekal menjadi ‘gedung’ Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan sokongan yang diberikan penduduk di kawasan tersebut.

“Kita berjuang untuk Sarawak tanpa mengira kaum dan agama, inilah perjuangan kita dalam GPS,” tegasnya.

Terdahulu Menteri Muda E-Dagang Datuk Mohd Naroden Majais dalam ucapannya berkata, banyak perubahan dari segi pembanguna­n yang dicapai di Gedong.

“Semua perubahan ini berlaku walaupun sedikit demi sedikit, namun inilah hasil titik peluh perjuangan kita terutama PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) sejak di bawah pimpinan bekas Ketua Menteri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem sehingga sekarang di bawah Ketua Menteri baharu kita.

“Tetapi masih ada segelintir individu menafikan perubahan tersebut dan mengatakan Gedong masih seperti zaman 60-an, terpulangl­ah asalkan orang kita tidak buta, tidak tuli seperti sekumpulan kecil ini,” ujarnya.

Kalau 40 tahun yang lalu, jika orang tidak suka dengan kita mereka akan menyebarka­n surat layang, tetapi hari ini, mereka yang tidak sukakan kita akan menggunaka­n Facebook untuk menyebarka­n fitnah dan bermacam

palsu. ” macam lagi berita

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia