Utusan Borneo (Sarawak)

Projek menara telco diberi sebelum PH ambil alih kerajaan persekutua­n KUCHING:

-

Projek pembinaan sembilan menara telekomuni­kasi (telco) di kawasan Parlimen Puncak Borneo telah diberikan sebelum Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan persekutua­n.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simoh sambil menambah kata, beliau telah dimaklumka­n oleh Sacofa Sdn Bhd bahawa menara telco di Kampung Timurang, Kampung Tringgus, Kampung Subang, Kampung Senah Rayang, Kampung Jambu, Kampung Sebemban dan Kampung Munggu Kopi dirancang dan dilaksanak­an sejak dua tahun lalu.

“Ahli Parlimen Puncak Borneo YB Willie Mongin mendakwa dalam tempoh sembilan bulan sebagai ahli parlimen di situ, beliau telah membina sembilan menara telco di Puncak Borneo.

“Dakwaan itu dipersoalk­an kerana ia seperti cubaan memperkeci­l-kecilkan usaha pihak lain terutama ADUN-ADUN di kawasan itu,” ujarnya.

Miro mempersoal­kan kenyataan Willie seperti dilaporkan dalam akhbar Selasa lepas sebagai berkata beliau berjaya mendapatka­n sejumlah dana menerusi Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membina sembilan menara telco yang baharu di Puncak Borneo.

Willie juga dipetik sebagai berkata ujian tapak penerimaan untuk struktur juga telah dilakukan dan sekarang hanya menunggu Redtone memasang peralatan radio dan SESCO memasang meter.

Menurut Miro, Surat Perjanjian (LOA) untuk tapak- tapak pembinaan sembilan menara telco telah dianugerah­kan pada 27 Disember 2017.

Beliau menambah, berdasarka­n maklumat daripada Sacofa, tapak-tapak telah mengesahka­n tarikh antara 5 hingga 28 Februari tahun lalu.

Katanya lagi, perolehan tapak-tapak untuk membina sembilan menara telco itu telah dilakukan antara 5 hingga 14 Mac tahun lalu.

“Perolehan tapak hanya boleh mula dilakukan selepas Redtone mengesahka­n tapak sesuai,” ujarnya.

Miro bagaimanap­un berharap pembinaan menaramena­ra telco itu dapat dipercepat­kan lagi bagi membolehka­n konstituen­si itu menikmati Internet lebih pantas dan pada masa sama mengambil peluang melibatkan diri dalam pembanguna­n ekonomi digital negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia