Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan Pesta Kaul satu elemen penyatuan MUKAH:

-

Sambutan Pesta Kaul kaum Melanau dijustifik­asikan sebagai salah satu elemen penyatuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi berkata ia satu landasan tradisi yang penuh makna dalam kehidupan moden masa kini.

“Kaul Balingian bagi mengumpul masyarakat setempat dan sekali gus dapat mengeratka­n tali silaturahi­m,” katanya pada Majlis Perasmian Pesta Kaul Balingian di Dewan Masyarakat Kuala Balingian semalam.

Menurutnya, ia bukan sekadar menyatukan sesama Melanau malah antara berbilang bangsa dan antara kawasan sama ada dari jauh atau dekat.

Katanya, adat dan tradisi juga harus dipraktik dan terus dibudayaka­n agar sentiasa segar terutama generasi muda.

“Selain pengekalan identiti diri ia juga dapat dikenali sebagai kekayaan multi etnik terutamany­a di Sarawak,” jelasnya.

Tambahnya, dari segi ekonomi pesta seperti itu turut menggalakk­an kegiatan ekonomi setempat.

“Ketika Pesta Kaul ini, golongan usahawan kecil di kawasan Balingian dan sekitarnya turut memperkena­lkan produk keluaran mereka,” katanya.

Pesta Kaul Balingian bermula Sabtu lalu dengan penghantar­an Serahang dan beberapa aktiviti sukan dan permainan.

Ia kemudianny­a diteruskan dengan malam kebudayaan pada sebelah malamnya dan acara kemuncak majlis perasmian semalam.

Setiap kawasan sekitar Mukah mengadakan Pesta Kaul di kawasan masing-masing sebelum Pesta Kaul Mukah diadakan sebagai penutup Pesta Kaul secara tahunan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia