Utusan Borneo (Sarawak)

Murid hidap kanser otak tetap kuat, cekal

Elister menunjukka­n perkembang­an semakin pulih selepas jalani pembedahan Disember 2018

-

MIRI: Walaupun baharu berusia lapan tahun, Elister Insul David, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Lutong yang menghidap kanser otak kelihatan kuat dan cekal untuk sembuh sepenuhnya daripada penyakit itu. Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

Guru Kelasnya, Sharifah Masni Wan Mohamad berkata Elister menunjukka­n perkembang­an semakin pulih selepas menjalani pembedahan pada Disember tahun lalu.

“Ketumbuhan dalam otak murid ini dibuang melalui pembedahan dan masih menerima rawatan susulan daripada pakar, malah dia masih diberikan cuti sakit oleh doktor yang merawatnya sehingga hari ini.

“Walaupun murid ini direhatkan di rumah kerana sukar datang ke sekolah namun pihak sekolah terus memantau keadaan dengan menghubung­i keluargany­a dari semasa ke semasa untuk mengikuti perkembang­an kesihatann­ya,” kata beliau di sini semalam.

Sharifah Masni berkata, pihak sekolah mengadakan kunjungan ke rumah Elister di Kampung Tudan di sini sempena Program Ziarah Cakna Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

Kunjungan itu disertai Penolong Kanan Pentadbira­n Othman Mohamad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Durie Jelaping, Guru Bimbingan dan Kaunseling Zulkarnain Senin, Norasyikin Ahmad, Norhazwani Ismail dan Sharifah Masni sendiri.

Katanya, pihak sekolah mengadakan kutipan derma bagi membantu keluarga murid tersebut untuk meringanka­n bebannya.

“Semasa kunjungan itu, Elister nampak semakin pulih tetapi masih perlu makan ubat secara konsisten, selera makannya juga semakin bertambah daripada biasa.

“Dia kini banyak menghabisk­an masa di rumah dalam jagaan ibunya dan mempunyai seorang kakak juga orang kurang upaya (OKU),” katanya.

Dalam pada itu, Program Ziarah Cakna 2019 KPM bagi memperluas konsep sekolah penyayang dan memperkuku­h hubungan antara sekolah dengan ibu bapa atau penjaga melalui amalan ziarah guru ke rumah murid.

Ketumbuhan dalam otak murid ini dibuang melalui pembedahan dan masih menerima rawatan susulan daripada pakar, malah dia masih diberikan cuti sakit oleh doktor yang merawatnya sehingga

ini. ” hari Sharifah Masni Wan Mohamad Guru Kelas Elister Insul David

 ??  ?? BANTU: Othman (kanan) menyampaik­an sumbangan berbentuk wang tunai kepada keluarga Elister.
BANTU: Othman (kanan) menyampaik­an sumbangan berbentuk wang tunai kepada keluarga Elister.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia