Utusan Borneo (Sarawak)

PBSM Daerah Sibu alukan penyertaan ahli baharu SIBU:

-

Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Daerah Sibu mengalu-alukan penyertaan ahli baharu golongan belia memiliki keperibadi­an, idea dan kreativiti dalam usaha mengukuhka­n peranan PBSM memberi khidmat masyarakat kepada komuniti.

Pengerusin­ya Penghulu Chua Hiong Kee menggesa setiap ahli PBSM Daerah Sibu membawa ahli baharu terutama golongan dewasa mendaftar di unit pasukan sukarela (Voluntary Aid Detachment-VAD).

“Ini sama pentingnya memastikan PBSM kekal relevan memberi khidmat masyarakat kepada komuniti selain kita memerlukan sokongan penuh komuniti tempatan agar PBSM Daerah Sibu mencapai kejayaan optimum,” jelasnya.

Chua berkata demikian ketika berucap pada Mesy- uarat Agung Tahunan (AGM) PBSM Daerah Sibu di Ibu Pejabat PBSM Daerah Sibu di Jalan Awang Ramli Amit di sini, semalam.

Sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Chua memberitah­u, kunci kejayaan PBSM Daerah Sibu adalah melalui semangat kerja berpasukan, hubungan kerjasama erat dan interaksi.

“Perkhidmat­an sebenar bukan melalui wang, ia keikhla- san dan integriti justeru bersama kita berusaha mencapai matlamat kejayaan agar PBSM Daerah Sibu menjadi lebih baik,” katanya.

Sebelum mesyuarat, ahli PBSM Daerah Sibu bertafakur memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Margaret Tan, bertugas sebagai pentadbir PBSM Daerah Sibu dan ahli PBSM selama lebih 40 tahun yang meninggal dunia Jumaat lalu.

 ??  ?? MESYUARAT: Chua (lima kiri) ketika mempengeru­sikan mesyuarat agung tahunan PBSM Daerah Sibu.
MESYUARAT: Chua (lima kiri) ketika mempengeru­sikan mesyuarat agung tahunan PBSM Daerah Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia