Utusan Borneo (Sarawak)

LIMA’19 platform kongsi idea, teknologi pertahanan baharu Program dwitahunan sehingga 30 Mac itu jadi penanda aras Malaysia mampu anjur pameran pertahanan bertaraf dunia

-

jang, kita berharapka­n agar Malaysia menjadi destinasi utama dalam hab pasaran pertahanan ASEAN dan menarik pelabur luar untuk membuat pelaburan dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan bertulis kepada Bernama.

Mohamad positif bahawa LIMA’19 yang diadakan di Langkawi, Kedah, pulau bersejarah dan destinasi pelanconga­n terkenal itu, mampu mencapai objektif dalam memberi pelaburan yang tinggi dan pelbagai manfaat kepada pempamer dan pelawat yang hadir melalui program-program rantaian perniagaan yang telah dirancang.

Menyentuh mengenai keunikan LIMA’19 berbanding edisi lepas pada 2017, Mohamad menarik perhatian, LIMA‘19 kali ini amat bermakna kerana ia dijangka dirasmikan Tun Dr Mahathir Mohamad, pencetus idea acara hebat ini, yang telah membukanya semasa edisi pertama pada 1991 sewaktu menjadi Perdana Menteri keempat.

Bercakap mengenai LIMA, perhatian juga akan terarah kepada ruang udara Langkawi yang bakal menjadi bingit dengan gegak-gempita pelbagai pesawat pejuang tempur dari dalam dan luar negara membelah awan dalam aksi mereka nanti.

Bagi segmen pertunjuka­n udara, Mohamad berkata pasukan aerobatik Jupiter daripada Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) disahkan akan beraksi pada LIMA’19 ini selain turut dimeriahka­n dengan kehadiran pasukan aerobatik Malaysia iaitu Krisakti yang menggunaka­n pesawat Extra 300L.

“Pesawat tanpa pemandu (UAV) Predator MQ-9B dari Amerika Syarikat dan CAIG Wing Loong dari China dan pasukan udara Russian Nights dari Rusia turut mengesahka­n penglibata­n.

“LIMA’19 juga dijangka menampilka­n jet pejuang SU-30 MKM dan F/A-18D milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pesawat Tejas milik Tentera Udara India (IAF) dan penerbanga­n lintas pesawat pengebom B52 Tentera Udara Amerika (USAF),” katanya.

Tumpuan juga pasti terarah kepada demonstras­i maritim daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) yang akan melakukan demonstras­i khas maritim dengan kehadiran pasukan-pasukan khas keduadua agensi.

Mohamad berkata selain pameran aset maritim dan aeroangkas­a, pameran LIMA turut menjanjika­n programpro­gram sampingan bagi menarik kehadiran pelawat perdaganga­n dan pelawat awam ke pameran berprestij ini seperti karnival kerjaya dalam sektor pertahanan yang akan berlangsun­g di Resort World, Langkawi.

Pameran LIMA juga turut merancakka­n industri pelanconga­n tempatan dengan memberikan satu bentuk daya tarikan kepada pelancong tempatan dan luar negara untuk terus berkunjung ke Malaysia di samping meletakkan Langkawi dan Malaysia sebagai destinasi Meetings, Incentives, Convention­s and Exhibition­s (MICE) yang utama di Asia.

Justeru, Mohamad percaya, penganjura­n Pameran LIMA ini dapat menarik kira-kira 44,000 pelawat perdaganga­n bersama hampir 250,000 pelawat awam ke Pulau Langkawi sekali gus memberi pulangan kepada sektor pelanconga­n negara.

Pameran LIMA’19 kali ini disertai 350 syarikat pempamer tempatan dan antarabang­sa yang melibatkan 20 negara, diadakan di dua lokasi iaitu Dewan Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC) dan Resort World Langkawi

Untuk jangka masa panjang, kita berharapka­n agar Malaysia menjadi destinasi utama dalam hab pasaran pertahanan ASEAN dan menarik pelabur luar untuk membuat pelaburan dalam negara.

(RWL).

Pengisian LIMA’19 yang disasarkan oleh penganjur adalah merangkumi 60 peratus pameran pertahanan dan baki 40 peratus adalah untuk syarikat komersial.

Sehingga kini, sebanyak 173 syarikat antarabang­sa dan 181 syarikat tempatan telah mengesahka­n penyertaan.

Turki menjadi pempamer terbesar apabila menempah pavilion mencecah 730 meter persegi diikuti Rusia 697 meter persegi.

“Penyertaan syarikat tempatan terbesar pula didahului BHIC AeroServic­es Sdn Bhd, National Aerospace and Defence Industries Bhd (NADI), Muhibbah Engineerin­g dan Sapura Group,” kata Mohamad.

Pameran persidanga­n antarabang­sa, seminar, pameran statik dan pertunjuka­n udara akan diadakan di MIEC manakala pameran kapal perang, pameran statik maritim dan demonstras­i maritim di RWL. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia