Utusan Borneo (Sarawak)

Guna platform betul salur maklumat kes Muhammad Adib IPOH:

-

Mana-mana petugas perubatan perlu menggunaka­n saluran yang betul dan tidak menyebarka­n sebarang maklumat menerusi media sosial berkaitan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata ini kerana sebarang maklumat berkaitan kes Muhammad Adib akan digunakan sebagai bahan bukti dalam prosiding mahkamah yang sedang berlangsun­g.

“Apabila mereka (petugas perubatan) menggunaka­n media sosial sebagai platform untuk menyebarka­n maklumat, ia akan menimbulka­n pelbagai spekulasi yang tidak benar seterusnya akan mengganggu siasatan kes tersebut.

“Gunakan platform yang betul dengan tampil sebagai saksi pada prosiding inkues kematian Muhammad Adib supaya maklumat yang diperolehi itu boleh dikenal pasti sama ada mempunyai kesahihan atau sebaliknya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Gotong-Royong Mega Hapuskan Denggi Di Taman Rapat Setia Baru di sini semalam.

Lee berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan seorang jururawat yang tular di media sosial kononnya pakar forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi membuat kenyataan tidak tepat pada prosiding inkues kematian Muhammad Adib yang dijalankan di Mahkamah Koroner.

Jumaat lepas, Dr Ahmad Hafizam yang merupakan saksi ke- 24 berpandang­an corak kecederaan dialami Muhammad Adib tidak padan dengan akibat dipukul berikutan kecederaan pada rongga dada ( toraks) bukan seperti biasa dialami seseorang dipukul dengan objek tumpul, ditendang atau ditumbuk.

Susulan itu, seorang jururawat yang mendakwa merawat Muhammad Adib menulis beberapa komen balas di laman sosial media Facebook menyatakan bahawa kecederaan dialami anggota bomba itu adalah disebabkan oleh ‘violence’ (keganasan).

Bagaimanap­un, jururawat terbabit membuat permohonan maaf kelmarin dan membetulka­n kenyataann­ya serta berharap pihak yang menularkan dakwaannya agar memadamkan kenyataan tersebut.

Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lepas dan menghembus­kan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada 17 Disember. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia