Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 20,000 belia dijangka hadir Festival Gegar’19 pada 29 dan 30 Mac KOTA BHARU:

-

Lebih 20,000 pengunjung dijangka menghadiri Festival Gerakan Belia Negeri Kelantan (GEGAR’19) pada 29 dan 30 Mac ini di Pusat Transforma­si Luar Bandar ( RTC) Kelantan.

Pengarah Program, Asran Alias berkata, penganjura­n GEGAR’ 19 bertujuan untuk mengeratka­n hubungan persaudara­an sesama belia, mahasiswa dan NGO di Kelantan selain untuk mengasah daya kepimpinan belia-belia melalui program yang dijalankan.

“Festival anjuran Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Persatuan Gabungan sahabat Karya itu merupakan komitmen kerajaan untuk belia seluruh negara dan simbol kerajaan mengiktira­f peranan belia dalam usaha ke arah transforma­si dalam masyarakat.

“Justeru, saya menyeru agar seluruh belia dan organisasi belia di semua peringkat menggerakk­an generasi muda untuk sama- sama menjayakan Gegar’19 melalui -aktiviti yang telah diatur,” katanya pada taklimat media di sini, semalam. Hadir sama Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Datuk Husam Musa.

Katanya, antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan ialah pertanding­an futsal, dikir barat, pidato belia, e- sport, kereta lumba mini Tamiya, kuliah dhuha, autoshow, seminar pemasaran online dan pengukuhan jenama.

Menurut Asran, pameran agensi-agensi KBS seperti Jabatan Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara, Institut Penyelidik­an Pembanguna­n Belia Malaysia, Akademi Pembanguna­n Belia Malaysia dan lain- lain juga diadakan ketika festival itu berlangsun­g.

Beliau berkata karnival ini juga merupakan platform bagi golongan belia mendapatka­n informasi mengenai inisiatif kerajaan membantu mereka dalam pelbagai bidang, termasuk keusahawan­an dan peluang perniagaan.

“Selain beriadah dan bersukan, golongan belia boleh mendapatka­n maklumat, panduan dan khidmat nasihat mengenai pelbagai program keusahawan­an, latihan dan kemahiran di festival ini.

Sementara itu, Husam berkata punca masalah sosial di Kelantan adalah disebabkan kemiskinan, tiada peluang perkerjaan serta tiada pusat rekreasi yang sempurna.

Justeru, semua pihak perlu berfikir untuk mengatasin­ya dan Festival GEGAR’19 adalah sebagai permulaan untuk mengatur program yang lebih progresif dan produktif untuk keperluan kepengguna­an di masa hadapan, katanya. — Bernama

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Datuk Dr Muhammad Ezanni Mat Salleh menafikan beliau memegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) palsu, seperti yang ditularkan dalam media sosial, barubaru ini.

Beliau memberitah­u telah menamatkan pengajian program Ijazah Doktor Falsafah (Kejurutera­an) Sistem Elektrik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 8 September 2015 dengan majlis konvokesye­n diadakan pada 19 September, tahun sama.

“Di pangkalan data Kementeria­n Pendidikan Malaysia juga ada tersenarai nama saya. Saya mempunyai surat pengesahan kelayakan akademik yang telah disahkan Timbalan Naib Canselor Akademik Antara- bangsa), Profesor Ir Tan Sri Dr Rezuwan Kamaruddin,” katanya kepada media di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.

Beliau yang hadir ke mahkamah itu untuk menyaksika­n kes pendakwaan tiga suspek kes pencemaran sisa bahan Kimia Sungai Kim Kim turut menunjukka­n surat kelayakann­ya itu kepada media.

Mengulas lanjut, Muhammad Ezanni berkata selepas menamatkan pengajian, beliau terus berkhidmat di sektor perkhidmat­an awam sebagai pegawai kawalan alam sekitar bermula tahun 2004.

“S a y a m e r u p a k a n pemegang biasiswa jabatan perkhidmat­an awam (JPA) dan sebagai pemegang biasiswa, saya mempunyai kon- trak dengan JPA,” katanya.

Katanya, berikutan tohmahan yang dihadapi, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pelangi, di sini, pada 15 Mac lalu bagi membolehka­n siasatan dijalankan terhadap dalang yang menyebarka­n dakwaan terbabit.

“Saya nasihatkan masyarakat agar sentiasa meneliti dan menyelidik kesahihan sesuatu berita, sebelum mempercaya­inya kerana ia boleh menjejaska­n reputasi dan maruah seseorang individu,” katanya.

Baru- baru ini, terdapat pihak mendakwa ijazah kedoktoran yang dimiliki Muhammad Ezanni adalah palsu berikutan jawatan yang dipegangny­a kini tidak sealiran dengan bidang pengajian yang diikutinya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia