Utusan Borneo (Sarawak)

Persiapan LIMA’19 kini mencapai 95 peratus LANGKAWI:

-

Persiapan Pameran Aeroangkas­a dan Maritim Antarabang­sa Langkawi 2019 (LIMA’19) mencapai 95 peratus persediaan menjelang majlis perasmian, Selasa depan (26 Mac).

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata koordinasi antara agensi kerajaan terlibat berada di tahap maksimum bagi memastikan kejayaan acara dwitahunan itu.

“Persiapan LIMA’19 berjalan baik, sehingga hari ini kira-kira 95 peratus sudah sedia. Koordinasi antara agensi-agensi kerajaan terlibat dan Lembaga Pembanguna­n Langkawi (LADA) berada di tahap maksimum, saya yakin dalam tempoh kurang 30 jam daripada sekarang semuanya mampu diselesaik­an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksika­n sesi raptai persiapan akhir segmen maritim di Resort World Langkawi (RWL).

Hadir sama Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany.

Terdahulu, Zulkifli bersama Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang menyaksika­n raptai terakhir segmen pertunjuka­n udara di Lapangan Terbang Antarabang­sa Langkawi, pagi semalam.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata beliau berpuas hati selepas melihat raptai terakhir kedua-dua segmen iaitu pertunjuka­n udara dan maritim.

Katanya bagi segmen pertunjuka­n udara, persembaha­n oleh pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pasukan aerobatik Russian Knights dari Tentera Udara Rusia serta pertunjuka­n oleh pasukan lain perlu dilihat oleh orang ramai.

“Manakala bagi segmen maritim pula, LIMA’19 berupaya integrasi semua pasukan penguatkua­saan maritim untuk menunjukka­n kemampuan serta keupayaan bekerjasam­a,” katanya.

Zulkifli turut menyeru orang ramai mengambil peluang cuti sekolah untuk datang beramai-ramai melihat sendiri acara dwitahunan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia