Utusan Borneo (Sarawak)

SERDANG: Malaysians Against Pornografi (MAP) perlu memberikan pencerahan mengenai metodologi kajiannya yang mendapati bahawa pada 2018 kira-kira 80 peratus kanak- kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun menonton pornografi secara sengaja.

-

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, cara kajian berkenaan dilaksanak­an perlu diperjelas­kan secara terperinci.

“Memanglah keputusan itu sesuatu sesuatu yang membimbang­kan. Namun dapatan itu perlu dihuraikan dari segi bagaimana kajian itu dilakukan seperti berapa kecil atau berapa besar kajiannya? Bagaimana MAP mendapatka­n keputusan begitu.

Keputusan seperti itu, bagaimana MAP dapat?,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai laporan media kelmarin bahawa kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia 10 hingga 17 tahun menonton pornografi secara sengaja.

Beliau ditemui selepas merasmikan Seminar Sukarela- wan Hospital Kebangsaan di Fakulti Perubatan dan Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini semalam.

Tambah Dr Wan Azizah, beliau turut bertanya kepada Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) dan sumber lain men- genai keputusan kajian MAP.

Jelas beliau, Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memberi perhatian serius kepada isu kanak- kanak yang terdedah kepada pornogafi di alam siber.

Kata Timbalan Perdana Menteri, Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia kelima pada tahun 2014 menunjukka­n 35.3 peratus individu berusia 13 hingga 24 tahun terdedah pornografi dan daripada jumlah itu 60.8 peratus memperoleh­nya daripada Internet, 45 peratus melalui telefon pintar

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia