Utusan Borneo (Sarawak)

Universiti wajar kutuk tindakan tak beradab terhadap mahasiswa: Dr Maszlee KUALA LUMPUR:

-

Semua Naib Canselor universiti wajar mempamerka­n sikap mengutuk tindakan tidak beradab sekumpulan individu yang menyerang mahasiswa dan tidak boleh gentar dan takut dalam menyatakan kebenaran atas nama prinsip keluhuran sebuah gedung ilmu bernama universiti.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata pihak pengurusan universiti perlu sentiasa mendukung pendirian dan kebebasan mahasiswa asalkan tidak bertentang­an dengan undang-undang negara dan peraturan universiti.

“Adalah tidak wajar untuk pihak pengurusan universiti menunjukka­n sikap tidak jelas dan mengambil jalan selamat sedangkan mahasiswa diserang oleh pihak tidak bertanggun­gjawab,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Maszlee juga menegaskan kejadian yang berlaku beberapa hari lalu itu boleh berulang di kampus lain jika semua mengambil sikap sambil lewa.

“Semua Naib Canselor khasnya wajar mempamerka­n sikap mengutuk tindakan tidak beradab sekumpulan individu yang menyerang mahasiswa ini.

“Kita tidak boleh gentar dan takut dalam menyatakan kebenaran atas nama prinsip keluhuran sebuah gedung ilmu bernama universiti,” katanya.

Jumaat lalu, tercetus insiden tolak-menolak antara mahasiswa Universiti Malaya (UM) dan penyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah perhentian bas di Pantai Baharu, di sini.

Semasa kejadian, Najib sedang menyampaik­an ucapan kepada sekumpulan pelajar di sebuah restoran terletak berhadapan perhentian bas berkenaan.

Polis mengesahka­n menerima 12 laporan berikutan insiden itu.

Sementara itu, Universiti Utara Malaysia (UUM) mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang didakwa ala ‘samseng’ ke atas mahasiswa UM Jumaat lepas, kata Naib Canselorny­a, Prof Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani.

Mengulas kebimbanga­nnya berhubung insiden itu, Ahmad Bashawir berkata kejadian itu adalah serangan terhadap kebebasan ber- suara dan demokrasi yang dipertahan­kan oleh kerajaan Malaysia.

“Universiti berpendapa­t pelajar institusi pengajian tinggi patut dibenarkan untuk menyatakan pandangan dan perasaan mereka secara aman. Mereka harus diberi peluang dan ruang untuk melaksanak­an hak mereka dalam kebebasan bersuara dan mengadakan perhimpuna­n aman dalam batas kesopanan dan menghormat­i,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Bashawir juga menggesa agar mereka yang melakukan kesalahan itu disiasat dan mereka yang terbabit dalam perlakuan jenayah itu, dikenakan tindakan undangunda­ng.

“Kami ingin menghantar mesej yang jelas bahawa perbuatan penganiaya­an yang tidak bertamadun tidak akan diterima di kampus UUM. Kami juga menggesa pihak berkuasa yang berkenaan untuk memberikan bantuan yang diperlukan kepada pelajar yang terjejas dan mengambil tindakan undangunda­ng segera terhadap pelaku sekiranya kesalahan mereka berjaya dibuktikan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia