Utusan Borneo (Sarawak)

Modul khusus untuk sukarelawa­n hospital: TPM SERDANG:

-

Akademi Hospital Ibadah di Hospital Pakar AlIslam akan menyediaka­n modul yang khusus untuk sukarelawa­n hospital bagi memastikan mereka berilmu, mematuhi panduan ziarah pesakit, peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) hospital untuk mengelakka­n timbul masalah kepada pesakit dan hospital.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, modul dan latihan sukarelawa­n berkenaan akan diperkenal­kan kepada sukarelawa­n hospital di hospital kerajaan dan swasta.

“Sukarelawa­n yang menjalani latihan yang dianjurkan oleh Akademi Hospital Ibadah melayakkan mereka menjadi seorang sukarelawa­n yang diiktiraf,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Sukarelawa­n Hospital Kebangsaan di Fakulti Perubatan dan Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini semalam.

Jelas Timbalan Perdana Menteri, melalui latihan yang diberi berdasarka­n modul yang telah tersedia, perkhidmat­an yang disumbangk­an oleh sukarelawa­n akan lebih bersistema­tik.

Ini dapat menarik minat masyarakat awam untuk turut sama menyumbang tenaga sebagai sukarelawa­n dan objektif pelaksanaa­n ‘1 Keluarga 1 Sukarelawa­n’ berjaya dicapai,” katanya lagi.

Jelas Dr Wan Azizah, peranan sukarelawa­n hospital masih baharu di Malaysia namun di negara barat ia merupakan satu program yang berkesan dalam membantu perjalanan hospital selain memberikan impak positif kepada pesakit dan masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri turut menyeru pengarah hospital dan seluruh warga kerja hospital agar memberikan kerjasama sepenuhnya kepada sukarelawa­n. — Bernama

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) yang menekankan pendekatan kemahiran perlu dijadikan pilihan utama pelajar yang ingin melanjutka­n pengajian, dalam usaha melahirkan tenaga kerja mahir tempatan.

Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata ketika ini jumlah tenaga kerja mahir hanya sebanyak 28 peratus berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu 35 peratus menjelang 2020.

“Program latihan kemahiran adalah mustahak, pembanguna­n sesebuah negara berpotensi tergugat kalau tiada tenaga kerja yang mencukupi dalam bidang kemahiran ini dan sekiranya ia mencukupi, kita tidak perlu terlalu bergantung kepada tenaga kerja asing.

“Harap anak muda boleh jadikan bidang TVET sebagai pilihan utama, ibu bapa jangan hanya tertumpu untuk hantar anak ke universiti sematamata sedangkan bidang TVET tidak kurang pentingnya,” katanya selepas Program Bersiri Kementeria­n Sumber Manusia Bersama Rakyat di sini, semalam.

Kula Segaran berkata penglibata­n kaum Cina dalam bidang TVET ketika ini hanya mencatatka­n satu peratus manakala kaum India pula lima peratus.

“Sebab itu kita mahu galakkan lebih ramai pelajar tidak kira kaum menceburi bidang TVET. Bahkan saya ada juga pergi Cameron Highlands sebelum ini untuk menarik Orang Asli menyertai bidang TVET, meskipun terdapat kekangan komunikasi, namun mereka diberi sedikit kelonggara­n bagi membolehka­n mereka sama-sama mengikut kursus- kursus berkaitan,” katanya.

Tambahnya, dalam usaha menarik lebih ramai pelajar menceburi bidang TVET, kursus jangka pendek yang hanya mengambil masa tiga hingga enam bulan turut ditawarkan di Institusi Latihan Perindustr­ian (ILP) antaranya kursus membaiki telefon bimbit.

“Setakat ini permohonan kemasukan ke ILP agak menggalakk­an tetapi kita masih perlu galakkan pelajar masuk ke bidang ini, jadi kena jalankan kursus-kursus pendek yang hanya ambil masa tiga hingga enam bulan berbanding dahulu yang melibatkan tempoh pengajian lebih lama iaitu antara setahun ke dua tahun.

“Mereka yang terlibat dalam bidang TVET khususnya pelajar-pelajar ILP boleh dikatakan 94 peratus mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian bahkan ketika mereka masih belajar lagi kerja sudah menanti mereka,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Kula Segaran berkata Kementeria­n Sumber Manusia yang beribu pejabat di Putrajaya mengadakan Hari Bertemu Pelanggan setiap Selasa bermula jam 8 pagi hingga 10 pagi, yang bukan sahaja dihadiri ketua-ketua jabatan namun beliau sendiri turut serta.

“Saya harap program ini dapat diperluask­an dan sekarang di Sabah pun telah diadakan program ini yang selain untuk mendekati masyarakat ia juga bertujuan untuk memberikan perkhidmat­an yang lebih efisien kepada masyarakat,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia