Utusan Borneo (Sarawak)

KPM akan berusaha dapatkan CPC 552 sekolah, akhir tahun ini JOHOR BAHRU:

-

Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) akan berusaha mendapatka­n Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) terhadap 552 sekolah di seluruh Malaysia pada akhir tahun ini.

Timbalan menterinya, Teo Nie Ching berkata ini bagi memastikan tiada sekolah di negara ini tidak mempunyai CPC, sekali gus membolehka­n pihak sekolah menyediaka­n persekitar­an yang selamat dan kondusif kepada pelajar.

“Kita memandang serius isu ini, dan ada rancangan tempoh masa pendek dan panjang (bagi menyelesai­kan masalah sekolah tidak ada CPC). Tempoh masa pendek kita selesai bulan Jun, dan lain-lain diselesaik­an akhir tahun.

“Anggaran kos untuk (selesaikan kerja- kerja) sesebuah sekolah secara puratanya pula adalah sebanyak RM300,000,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas melawat tapak baru Se- kolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Tebrau, di sini, semalam.

Semasa lawatan itu, Teo turut menyerahka­n CPC kepada guru besar sekolah berkenaan, A S Palaniamah.

Teo berkata, beliau dimaklumka­n terdapat sesetengah sekolah terpaksa beroperasi tanpa CPC kerana sudah menunggu terlalu lama untuk mendapatka­n perakuan berkenaan.

“Sebenarnya ada bangunan yang telah digunakan, tetapi ini adalah isu keselamata­n dan kalau ada perkara yang tidak diingini berlaku dan bangunan itu tidak ada CPC, tidak dapat tuntutan insurans.

“Jadi kita akan cuba sedaya upaya untuk memastikan agar semua bangunan sekolah dapat CPC,” katanya.

Berhubung SJKT Ladang Tebrau, beliau menjangkak­an bangunan baharu sekolah berkenaan dapat beroperasi pada 31 Mac ini.

“Terdapat 15 bilik darjah di sekolah ini dan mampu menampung 405 murid. Sekolah ini dipindahka­n ke tapak baru kerana bangunan lama sudah usang, selain tidak dapat tampung keperluan dan terletak di sebelah sungai ( ancaman banjir),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia