Utusan Borneo (Sarawak)

Nelayan warga Indonesia maut dalam letupan enjin bot GEORGE TOWN:

-

Seorang nelayan warga Indonesia maut manakala dua rakan senegarany­a diselamatk­an oleh Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) selepas berlaku letupan di ruang enjin bot berkenaan sebelum karam di perairan Barat Muka Head, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.25 pagi itu, mangsa Firman Amirudin, 23, melecur di beberapa bahagian badan dan meninggal dunia di lokasi manakala Ibrahim Ismail, 59 dan Sopian Mohamad, 42, turut melecur dan diselamatk­an oleh anggota Kapal Maritim ( KM) Satria milik APMM Johor.

Kesemua mangsa berasal dari Acheh.

Pengarah APMM Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, bot nelayan itu dikesan kira- kira 12 kilometer dari perairan Barat Muka Head dalam keadaan separuh tenggelam oleh KM Satria yang dalam perjalanan untuk menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabang­sa Langkawi 2019 ( LIMA 2019).

Beliau berkata berdasarka­n maklumat dua mangsa yang terselamat, berlaku insiden letupan di ruang enjin bot mengakibat­kan bocor dan seterusnya karam.

Katanya, semua mangsa dipindahka­n ke Bot Zabri 1 milik Pasukan Polis Marin ( PPM) dan dibawa ke Jeti PPM Batu Uban sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang ( HPP) untuk rawatan.

“Mayat mangsa turut dihantar ke hospital yang sama untuk dibedah siasat dan siasatan lanjut kejadian masih dijalankan,” katanya.

Sementara itu, beliau meminta kerjasama orang ramai supaya melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam iaitu EMRS 999 atau Pusat Operasi APMM Pulau Pinang di talian 04- 2626146. — Bernama

Dua lelaki, masingmasi­ng merupakan penunggang motosikal dan pemandu kereta maut dalam kemalangan berasingan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam dan Jalan Yong Peng-Kluang, di sini, semalam.

Dalam kejadian pertama jam 3.20 pagi di Kilometer 83 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, mangsa Muhamad Zulfikar Jono, 23, maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang­inya bergesel dengan sebuah lagi motosikal.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Abduh Ismail berkata ketika kejadian, mangsa dan pemandu motosikal lain itu sedang menuju ke Ayer Hitam dari Simpang Renggam.

“Akibat pergeseran, keduadua mangsa terjatuh di atas jalan raya dan Mohamad Zulfikar maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Enche Besar Hajjah Kaslom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat manakala seorang lagi penunggang, Muhamad Hafizee Mohamad Rafiee, 18, yang mengalami kecederaan parah dirawat di hospital sama,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu, dalam kejadian kedua di Kilometer 76 Jalan Yong Peng-Kluang, seorang pemandu – M Kalai Venthan, 29, maut selepas keretanya terbabas akibat hilang kawalan.

Dalam kejadian 6.50 pagi itu, kereta mangsa yang dipandu menuju ke bulatan Taman Sri Lambak dari Jalan Teck Wah Hing, telah terbabas dan melanggar pagar Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Kluang.

Berikutan pelanggara­n itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat hentakan kuat di bahagian kepala dan kecederaan dalaman, dan turut dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat.

Kedua- dua kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia